CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 267|Reply: 1

Kereta Bertembung, Pemandu Lelaki Cedera, Wanita Sarat Mengandung Selamat

[Copy link]
Post time 12-6-2023 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Kajang: Seorang lelaki cedera manakala wanita sarat mengandung terselamat selepas kereta mereka bertembung di Jalan Kampung Sungai Lalang, Semenyih di sini, hari ini.


Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dengan kekuatan lima anggota dikejarkan ke lokasi.


Bomba menjalankan kerja menyelamat bagi mengeluarkan mangsa terbabit kemalangan. FOTO Ihsan Bomba



"asukan tiba dalam tempoh lapan minit dan mendapati dua kereta bertembung iaitu sebuah kereta Honda City dipandu seorang wanita berusia 35 tahun yang sedang sarat mengandung dan sebuah kereta Proton Saga dipandu seorang lelaki berusia 30-an.


"Mangsa wanita tidak mengalami kecederaan manakala mangsa lelaki tersepit di bahagian pemandu," katanya dalam kenyataan hari ini.


Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kemalangan itu pada jam 7.02 pagi.


Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2023 11:51 AM | Show all posts
value berita??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.177697 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list