Adik-beradik kembar dikenali sebagai Rihana dan Rihani menjadi buruan Polis Metro Jaya selepas didakwa menjadi dalang sindiket penipuan pembelian iPhone palsu. Jurucakap Polis Metro Jaya, Hengki Haryadi berkata, bagi mengesan pasangan kembar itu, satu pasukan khas ditubuhkan.
“Kami sudah tubuhkan satu pasukan khas untuk menangani kes ini, termasuk mengesan di mana Rihana dan Rihani berada. “Adik-beradik itu tidak akan dipanggil sebagai saksi, sebaliknya sebagai suspek berdasarkan sejumlah bukti yang mencukupi. “Jika polis menemukan mereka, tidak banyak cakap, terus ditangkap,” katanya. Kes penipuan yang dilakukan pasangan kembar itu mula dilaporkan kepada pihak berkuasa sejak Jun dan Oktober tahun lalu.
Semua mangsa mereka membuat laporan polis dari pelbagai tempat dengan kebanyakannya di sekitar Jakarta. Berdasarkan laporan yang dibuat, jumlah kerugian yang dialami semua mangsa dianggarkan bernilai 35 bilion rupiah (RM10.8 juta). Pasangan kembar itu menipu mangsa mereka dengan menawarkan harga telefon pintar iPhone pada harga yang lebih murah dan selepas transaksi wang dilakukan, mereka akan ‘menghilangkan diri’ Sehingga kini, lokasi pasangan kembar itu masih gagal dikesan pihak berkuasa. Sumber: Utusan
|
tompie replied at 12-6-2023 02:12 PM
Dapat dekat RM11 juta.. bagi 2 dapat RM5.4 juta sorang..
Kalau duit halal aku rasa dah boleh buat pe ...
ADVERTISEMENT