Jawa Timur, Indonesia: Seorang guru muzik membunuh wanita berusia 22 tahun yang juga kekasihnya sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam bagasi dan dibuang di gaung di daerah Mojokerto, di sini.
Menerusi laporan Kompos.com, suspek menjadikan anak muridnya sebagai kekasih bagi jalan mudah untuk mendapatkan wang. Suspek turut cuba mengambil kenderaan mangsa bagi melunaskan hutang. Bagaimanapun, berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa menyebabkan guru muzik tersebut membunuh wanita tersebut. Menurut pasukan penyiasat, suspek Rochmat Bagus Apriatma, 41, telah mengenali mangsa sejak 2017. Selain itu, turut didedahkan adalah mereka pernah menjalinkan hubungan seks bersama. Kenyataan itu bagaimanapun dinafikan ayah mangsa. - Kompas.com
Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT