Bakal terbabit dalam konsert Aspirasi Irama Keroncong, penyanyi Korea Selatan, Han Byul mengakui tidak mengambil sebarang kelas bagi mempelajari seni nyanyian keroncong sebaliknya mempelajari teknik nyanyian menerusi YouTube.
Sebagai persiapan untuk acara yang berlangsung Ogos hadapan itu, pemilik nama sebenar, Jang Han Byul, 32, mula melakukan persediaan sejak dua bulan lalu. Semakin menguasai teknik nyanyian keroncong, namun apa yang membimbangkan adalah sebutannya berbunyi pelat. Han Byul bagaimanapun berusaha keras bagi mengatasi masalah tersebut. "Saya tak pernah menyanyikan lagu keroncong, tapi saya sudah mula belajar sejak dua bulan lalu menggunakan lagu Cinta Abadi sebagai latihan. "Tapi saya sedikit bimbang dengan sebutan pelat tetapi saya akan melakukan yang terbaik dan saya akan berusaha keras itu itu. Saya anggap kalau ada bunyi Melayu mesti akan okay," katanya kepada mStar.
Berkongsi lanjut mengenai konsert itu, Han Byul berkata, dia akan menyanyikan lagu Winter Sonata dalam versi Korea Selatan dan bahasa Melayu menggunakan irama keroncong. Han Byul berkata, dia teruja untuk mempersembahkan lagu itu nanti buat penonton dan berharap mereka akan menyukainya.
|
dudaberhias replied at 11-6-2023 01:20 PM
salah seorang juara big stage yang sendu...
sebabtu kaka selek nak sokong yang herlok2 jah...
sleepandream replied at 11-6-2023 02:19 PM
lawan heols sape yg hitam manis tu... nita? lagi sendu noks... walaupun suara sedap...
hanbyul ni ...
ADVERTISEMENT