"Ini juga kali pertama bagi saya untuk menyanyikan lagu itu dalam dua bahasa," luahnya.
Sementara itu, bekas peserta program Big Stage ini turut meluahkan rasa teruja dapat sebaris dengan penyanyi hebat pada konsert itu nanti seperti Datuk Yusni Hamid, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Awie dan Datin Alyah.
Katanya, rasa teruja terpilih menyertai konsert itu sama seperti peluang bertemu penyanyi pujaannya, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini.
"Saya sebenarnya gementar kerana belum pernah bertemu dengan beberapa penyanyi hebat di konsert ini.
"Ia satu penghormatan besar buat diri saya kerana diberi peluang untuk bersama-sama menjayakan konsert ini.
"
erasaan teruja itu sama seperti saya berjumpa Datuk Seri Siti Nurhaliza buat kali pertama dan tak sabar menghiburkan penonton nanti," katanya.
Konsert itu dianjurkan oleh Irama Studios yang mahu membawa generasi muda dan lama membuai kenangan silam irama lagu keroncong.
Pementasan yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 5 dan 6 Ogos depan bertujuan menarik minat lebih ramai generasi muda dan turut mendapat kerjasama Kementerian Komunikasi dan Digital.
Persembahan itu bakal membawa evolusi 16 buah lagu sepanjang 90 minit konsert berlangsung.
Selain Han Byul, tiga lagi penyanyi generasi muda yang ditampilkan adalah Rasyidah Abd Rahim, Rizal Ahmad dan Jamilah Abu Bakar.
Sumber: mStar