Kulai: Gara-gara menggunakan resit palsu untuk membeli telefon bimbit iPhone 14 Pro Max, seorang lelaki telah ditahan polis. Kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai yang beralamat di Jalan Kenanga 29/9, Indahpura, di sini kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Yusof Othman berkata, suspek warga tempatan berusia 24 tahun itu ditahan di sebuah pasar raya di Taman Sutera Utama, Skudai, pada pukul 2 petang, semalam. “Pengadu yang bekerja di premis telefon bimbit berkenaan memaklumkan didatangi seorang lelaki yang mahu membeli sebuah telefon bimbit berharga RM7,350. “Suspek telah meyakinkan pengadu dengan membuat pembayaran deposit sebanyak RM500, sebelum menunjukkan resit pembayaran atas talian bernilai RM6,850 sebagai baki bayaran telefon bimbit berkenaan.
“Kerana mempercayai mangsa, pengadu hanya mengambil butiran nama dan nombor telefon suspek sebelum menyerahkan telefon bimbit berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Tambah Yusof, pengadu hanya sedar telah ditipu suspek setelah membuat semakan terhadap akaun syarikat dan mendapati tiada sebarang pembayaran diterima daripada jual beli berkenaan. “Susulan itu, suspek ditahan dalam operasi dijalankan, manakala beberapa barangan dirampas termasuk sebuah telefon bimbit jenis iPhone 14 Pro Max, dan sebuah lagi telefon bimbit palsu jenis sama, beserta pakaian, topi dan kasut milik suspek. “Sehubungan itu, suspek direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya. Hasil pemeriksaan turut mendapati suspek turut mempunyai lima rekod jenayah lampau. Sumber: Kosmo! Online
|
slyfynx replied at 11-6-2023 03:48 PM
Mcm lembam sgt je kalau terus percaya resit.
bukan barang 50 ringgit dik
kepompong replied at 11-6-2023 04:49 PM
btw. iphone pelesu tu cemana rupa dia ye
Bipolajourney replied at 11-6-2023 10:41 PM
Yang penting bukan macam report palsu. Hahaha
Bipolajourney replied at 11-6-2023 10:41 PM
Yang penting bukan macam report palsu. Hahaha
ADVERTISEMENT