Didakwa terbabit dengan aktiviti penggubabahn wang haram, penyanyi, Black bagaimanapun tidak bimbang dengan cerita tidak berasas itu. Selepas memiliki perniagaan villa dan kapal persiaran mewah, penyanyi itu kini merancang untuk mengembangkan perniagaannya dengan membuka kafe yang akan beroperasi bersebelahan dengan villa miliknya di Langkawi, Kedah tidak lama lagi.
Kata Black, isterinya mahu menamakan kafe tersebut sebagai Buluh Perindu Kafe. "Bila saya buka kafe ini, mesti orang akan bercakap benda yang sama sedangkan saya ada syarikat yang sah dan berdaftar. "Orang ramai boleh melayari saluran Telegram saya di mana di situ saya ada buat penerangan bagaimana untuk menjana pendapatan dan sebagainya," katanya. Black berkata, modal untuk membuka kafe itu daripada hasil kutipan sewa villa yang sudah beroperasi sejak dua bulan lalu.
|
ADVERTISEMENT