View: 920|Reply: 5
|
Black Rancak Berniaga Untuk Masa Depan Anak-Anak
[Copy link]
|
|
Didakwa terbabit dengan aktiviti penggubabahn wang haram, penyanyi, Black bagaimanapun tidak bimbang dengan cerita tidak berasas itu.
Selepas memiliki perniagaan villa dan kapal persiaran mewah, penyanyi itu kini merancang untuk mengembangkan perniagaannya dengan membuka kafe yang akan beroperasi bersebelahan dengan villa miliknya di Langkawi, Kedah tidak lama lagi.
Kata Black, isterinya mahu menamakan kafe tersebut sebagai Buluh Perindu Kafe.
"Bila saya buka kafe ini, mesti orang akan bercakap benda yang sama sedangkan saya ada syarikat yang sah dan berdaftar.
"Orang ramai boleh melayari saluran Telegram saya di mana di situ saya ada buat penerangan bagaimana untuk menjana pendapatan dan sebagainya," katanya.
Black berkata, modal untuk membuka kafe itu daripada hasil kutipan sewa villa yang sudah beroperasi sejak dua bulan lalu.
"Alhamdulillah, rezeki saya sekeluarga semakin murah dan perniagaan kami semakin berkembang. Selepas perniagaan villa dan kapal persiaran, sampai masanya kami buka kafe pula," katanya.
"Syukur, villa saya memang sentiasa penuh ditempah selepas ia tular di media sosial. Selain itu, saya juga ada wang simpanan hasil bidang nyanyian yang tidak pernah putus sampai sekarang.
"ada masa sama, cara menyimpan wang juga penting untuk kita buat pusingan modal untuk perniagaan," katanya yang turut mengusahakan bengkel kereta.
Sementara itu, ditanya sama ada dia akan terus menyanyi walaupun sibuk dengan perniagaan, Black berkata, bidang nyanyian adalah minatnya sejak dulu.
"Saya masih mendapat undangan nyanyian dan ia juga pendapatan saya. Bidang perniagaan pula untuk masa depan anak-anak saya kelak," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
apa2 je lah itam oiii...
banyak bunyi lagi orang rasa suspicious...
tapi masalahnya heshe beli motor boat untuk memancing tu je bukan kapal persiaran mewah... mewah untuk yang taraf2 acik2 somi keje nelayan naik sampan je la kot...
mewah apoooooooooo... kalau kat us tu hampir setiap family ada boat tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tgok villa tu pon memang dia sendiri turun padang sama2 buat..jadi takde la timbul soal kena tipu mcm mark adam ke atau shawal...kt situ dah jimat...dia pon ade byk rumah sewa...bot tu pon bukanla mahal sgt sampai nak kena jadi jutawan baru boleh beli ..takk..itu bukan kapal mewah..artis ni asal tak main dadah senang je nak kumpul aset.. |
|
|
|
|
|
|
|
sesi nak putihkan duit |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi tak kan Business villa baru 2 bln dah balik modal nak buat cafe pulak.. whatever lah.. janji tak minta dana dari kerajaan |
|
|
|
|
|
|
|
kerlaassss dia nih...
menabung kaw2 sampai boleh beli tanah, buat villa, buat cafe lagi..
perhhhh..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|