Tiga bulan tidak bersua muka dengan dua buah pengarang jantung, pelakon Hafidz Roshdi akhirnya dapat melepaskan rindu terhadap anak-anaknya yang menetap bersama isterinya di Kangar, Perlis.
Pemilik nama sebenar, Muhammad Hafidz Roshdi, 29, bersama beberapa ahli keluarga membawa pelbagai hadiah untuk anak-anaknya. Menerusi perkongsian video di Instagram, Hafidz meluahkan rasa lega dapat bertemu dengan Umar dan Humairah. Aktor tersebut teruja melayan keletah anak-anaknya di hadapan rumah. "Bismillah, perjumpaan dengan Humairah dan Umar setelah tiga bulan tidak berjumpa. "Bayangkan rindunya seorang abah pada anak-anaknya macam mana?" katanya.
Hafidz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad. Hafidz turut meletakkan tanda pagar #KeadilanDemiAnakAnak dalam hantaran berkenaan. Pada Jumaat, Hafidz disahkan waras dan dia layak meneruskan perbicaraan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor berhubung tuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada, 29. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa’ Zamri semasa sebutan semula kes berkenaan dan laporan psikiatri di hadapan Majistret Mohd. Kafli Che Ali.
|
Goodluckdontcry replied at 11-6-2023 11:38 AM
Den tgk berdasarkan gambar dan video yg ko pos ni dik..ank lelaki ko semcm kaku dan janggal dgn ko, ...
freesia71 replied at 11-6-2023 12:17 PM
Kenapa hafidz ni nampak cam lost ek,? Tgk muka dia cam takde expression cam bodoh2 gitu. Kesian pula ...
red_velvet replied at 11-6-2023 12:41 PM
Umar nampak tak mesra ..why umar? Adekah umar memikirkan dream umar & sister yang dah musnah?
rosevelvet replied at 11-6-2023 12:22 PM
Walaupun disahkan waras tp dr video nmpk mcm x waras
freesia71 replied at 11-6-2023 12:17 PM
Kenapa hafidz ni nampak cam lost ek,? Tgk muka dia cam takde expression cam bodoh2 gitu. Kesian pula ...
kepompong replied at 11-6-2023 12:43 PM
org tak waras lagi lah berganda2 nampak macam waras
dudaberhias replied at 11-6-2023 01:05 PM
ye ye je rindu tu... hujung2 senyap2 tengah plan nak kahwin dengan si ayuthaya momo tu untuk jadi bi ...
Suchi replied at 11-6-2023 01:49 PM
Iols baca komen org yg terserempak dia kat luar, nampak normal dan ok je.
Tp tak pelik pun kalau ...
ADVERTISEMENT