CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4057|Reply: 86

Dapat Jumpa Anak-Anak, Rindu Hafidz Roshdi Terubat

[Copy link]
Post time 11-6-2023 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Tiga bulan tidak bersua muka dengan dua buah pengarang jantung, pelakon Hafidz Roshdi akhirnya dapat melepaskan rindu terhadap anak-anaknya yang menetap bersama isterinya di Kangar, Perlis.


Pemilik nama sebenar, Muhammad Hafidz Roshdi, 29, bersama beberapa ahli keluarga membawa pelbagai hadiah untuk anak-anaknya.






Menerusi perkongsian video di Instagram, Hafidz meluahkan rasa lega dapat bertemu dengan Umar dan Humairah. Aktor tersebut teruja melayan keletah anak-anaknya di hadapan rumah.


"Bismillah, perjumpaan dengan Humairah dan Umar setelah tiga bulan tidak berjumpa.


"Bayangkan rindunya seorang abah pada anak-anaknya macam mana?" katanya.





Hafidz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.


Hafidz turut meletakkan tanda pagar #KeadilanDemiAnakAnak dalam hantaran berkenaan.


Pada Jumaat, Hafidz disahkan waras dan dia layak meneruskan perbicaraan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor berhubung tuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada, 29.


Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa’ Zamri semasa sebutan semula kes berkenaan dan laporan psikiatri di hadapan Majistret Mohd. Kafli Che Ali.


  



Pada 5 Mac lalu, Hafidz ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari ketika hadir di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.


Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.




Sumber: mStar, IG Hafidz Roshdi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2023 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu bapa shu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sakit mata lak baca hashtag
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 11:10 AM | Show all posts
heols nampak stress
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Den tgk berdasarkan gambar dan video yg ko pos ni dik..ank lelaki ko semcm kaku dan janggal dgn ko, sama juga dgn ko dik..ibarat dua2 sdg berlakon dpn org..ko sudah tentulah berlakon lebih supaya org bersimpati dgn ko... harktuihh menyampah aku tgk ko jantan kelabu asap..hrp2 jari ko terpleot jd xdela asyik nk tunjuk jari tu... puihhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 12:17 PM | Show all posts
Kenapa hafidz ni nampak cam lost ek,? Tgk muka dia cam takde expression cam bodoh2 gitu. Kesian pulak aku tengok.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2023 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 11-6-2023 11:38 AM
Den tgk berdasarkan gambar dan video yg ko pos ni dik..ank lelaki ko semcm kaku dan janggal dgn ko,  ...

Walaupun disahkan waras tp dr video nmpk mcm x waras
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Umar nampak tak mesra ..why umar? Adekah umar memikirkan dream umar & sister yang dah musnah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2023 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
freesia71 replied at 11-6-2023 12:17 PM
Kenapa hafidz ni nampak cam lost ek,? Tgk muka dia cam takde expression cam bodoh2 gitu. Kesian pula ...

dah tkde nur diwajahnya itulah. tibai lagi anak orang
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 11-6-2023 12:41 PM
Umar nampak tak mesra ..why umar? Adekah umar memikirkan dream umar & sister yang dah musnah?

cakap dgn bebird , tak tahu apa bebird respon sbb dia sorang je yg paham
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
rosevelvet replied at 11-6-2023 12:22 PM
Walaupun disahkan waras tp dr video nmpk mcm x waras

org tak waras lagi lah berganda2 nampak macam waras
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
freesia71 replied at 11-6-2023 12:17 PM
Kenapa hafidz ni nampak cam lost ek,? Tgk muka dia cam takde expression cam bodoh2 gitu. Kesian pula ...

Itu lah.. i nk ckp tp risau tersalah ckp. Tp cara dia approach tu mcm tgh tgk kitty..mgkin sbb lama tak sebumbung mcm dh takde bonding.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Naper aku rasa pandangan mata dia nih mcm org yg dlm kekeliruan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 01:05 PM | Show all posts
ye ye je rindu tu... hujung2 senyap2 tengah plan nak kahwin dengan si ayuthaya momo tu untuk jadi biawak hidup... gittuhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka nampak serabut
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 11-6-2023 12:43 PM
org tak waras lagi lah berganda2 nampak macam waras

Org tak waras tak ngaku dia tak waras
Yg suka cari perhatian je hari2 duk claim diri gitu gini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2023 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 11-6-2023 01:50 PM
dudaberhias replied at 11-6-2023 01:05 PM
ye ye je rindu tu... hujung2 senyap2 tengah plan nak kahwin dengan si ayuthaya momo tu untuk jadi bi ...


Iols baca komen org yg terserempak dia kat luar, nampak normal dan ok je.

Tp tak pelik pun kalau acik2 jatuh kesian dek muka dobo2 dia kat socmed ni
Sedangkan hat bunuh org ngn kejam pun acik2 kesian sampai tak lena tidur malam siap nangis2 okeh
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 01:53 PM | Show all posts
Suchi replied at 11-6-2023 01:49 PM
Iols baca komen org yg terserempak dia kat luar, nampak normal dan ok je.

Tp tak pelik pun kalau  ...

khennn... mentang2 la ada la rupa juga walaupun rhoper berok2 salji gittuhh... mesti theyols akan selek kaka...sesambil iols pun selek bab2 rupa herlok ni ahahahahhaa....




Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa anak lelaki dia tepis tangan masa dia usap? Kalau betul bonding bagus anak mesti meleser je dengan bapak walaupun lama tak jumpa. Kanak - Kanak susah tau nak sorok perasaan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
knp luar rumah je? shushelop ade didalam ke tu?  elok je ayah shu jumpe nantu yg debik anak die.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.113266 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list