Melihat ibu bapa yang sama-sama hadir pada majlis pernikahannya, selebriti, Janna Nick gagal menahan air mata ketika menyampaikan ucapan apresiasi buat tetamu dan keluarga. Menerusi video yang dimuat naik oleh pelakon Nora Danish, pemilik nama sebenar, Nurul Jannah Muner menganggap kehadiran ibu bapanya itu adalah memori indah yang tidak akan dilupakan,
"Saya sangat berbesar hati melihat rakan-rakan selebriti yang sanggup datang dari Kuala Lumpur terbang ke sini (Langkawi). Dan memori yang paling tidak akan saya lupakan sampai bila-bila apabila kedua-dua buah keluarga saya dapat disatukan kembali dalam sebuah majlis. Saya dapat tengok mak dan ayah saya dalam satu majlis. Saya dapat juga tengok Tok Wan. Terima kasih sangat-sangat. Ia adalah perkara yang sangat bermakna untuk saya," katanya.
Sebelum ini, Janna menerusi sebuah video wawancara pernah berkongsi mengenai kisah hidupnya ketika kecil yang penuh suka dan duka. Menerusi wawancara tersebut, aktres berusia 28 itu mendedahkan, ibu bapanya sudah berpisah ketika usianya sembilan tahun dan sejak daripada itu dia telah memilih untuk tinggal bersama neneknya. Pada ketika itu juga, liku kehidupannya bermula dan banyak masanya dihabiskan bersama rakan-rakan. Terdahulu, Janna selamat bergelar isteri kepada aktor Dini Schatzmann dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Langkawi.
|
dudaberhias replied at 10-6-2023 11:07 PM
apooo nak sebak bagai... ada nampak tetamu semua pakai baju hitam ala2 victorian style ke nokkk...
...
menjad replied at 11-6-2023 06:41 AM
Gambar dari tepi mmg tak sesuai nampak nau peha tersepit tersembul gitu kan. Gabak.
Overall cantik ...
Janetnasuha replied at 11-6-2023 07:50 AM
Cyst tak di jemput ker? Haha
LadyCarefree replied at 11-6-2023 08:01 AM
Dia bukannya model yg badan macam hanger. Even model asyiksebutdiahitam tu pun peha dan betis geda ...
Lampuled replied at 11-6-2023 08:20 AM
Cantik la janna.. walaupun ramai ckp gedabak tp pada mata i ok he badan gitu.. drp kerempeng..
Mmg c ...
rosevelvet replied at 11-6-2023 08:29 AM
I rs salah satu sbb cyst syg dia sbb dia tau jn ni kurang kasih syg. Sbb tu dia lyn mcm anak sdiri ...
ADVERTISEMENT