CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Mayat Pelajar, Bahagian Kepala Dah Jadi Tengkorak, Badan Masih Elok

10-6-2023 09:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 988| Komen: 4

Mayat seorang pelajar Universiti Sumatera Utara (USU) ditemukan dalam keadaan sudah membusuk dengan muka dan kepala yang mempunyai kesan terbakar, di rumahnya di Daerah Medan Amplas, Indonesia pada 3 Mei lalu.


Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Mahira Dinabila sudah meninggal dunia kira-kira satu minggu.

Dia pada awalnya disangka membunuh diri kerana ditemukan bersama sepucuk surat selepas tinggal sendirian di rumah ibu angkatnya yang baru sahaja meninggal dunia.

Mahira ditemukan maut dalam keadaan menyayat hati.

Pun begitu, ayah kandungnya, Oky Andriansyah tidak berpuas hati selain turut berasa aneh dengan keadaan rumah yang didiami mangsa berikutan ia dikunci dari luar.

"Dikatakan Mahira tinggal sendirian, tetapi pintu dikunci serta dimangga dari luar. Hanya Pak Kepling (ayah angkat mangsa) dan isteri barunya saja yang tahu cara membuka pintu tersebut.


"Selain itu, kenapa bahagian kepala sudah kelihatan tengkorak sedangkan badannya masih elok... wajah juga kesan luka terbakar. Malah kawasan sekitar juga kelihatan kuning seperti dibakar," luahnya.

Paling menghairankan apabila ayah angkat mangsa menolak bedah siasat dilakukan sekali gus menguatkan rasa curiga Oky Andriansyah terhadap Pak Kepling.

Dia turut mendakwa terdapat saksi yang melihat ayah angkat kepada mangsa berada di kawasan sekitar perumahan terbabit sebelum mangsa meninggal dunia.

Dalam pada itu, pihak polis masih menyiasat dan menantikan laporan bedah siasat. - Kumparan


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lentera 10-6-2023 11:48 PM
Tak lain tak bukan ni mesti angkara pak Kepling & bini baharunya
Quote Zack8hunter 11-6-2023 12:12 AM
kemain Pak Kepling, bini lama br meninggal dah terus pasang baru
Quote primarikey 11-6-2023 12:28 AM
Mungkin pak kepling nk ambil rmh yg diduduki mangsa..
Quote Tinot7 11-6-2023 12:35 AM
Kebumikan pakai baju meyah, siap pakej gunting kat tangan.. pastu jampi2 sket.. mana tau pak kepling dan bini baru mati kena tikam lepaih tu..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.051429 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top