View: 696|Reply: 4
|
Misteri Mayat Pelajar, Bahagian Kepala Dah Jadi Tengkorak, Badan Masih Elok
[Copy link]
|
|
Mayat seorang pelajar Universiti Sumatera Utara (USU) ditemukan dalam keadaan sudah membusuk dengan muka dan kepala yang mempunyai kesan terbakar, di rumahnya di Daerah Medan Amplas, Indonesia pada 3 Mei lalu.
Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Mahira Dinabila sudah meninggal dunia kira-kira satu minggu.
Dia pada awalnya disangka membunuh diri kerana ditemukan bersama sepucuk surat selepas tinggal sendirian di rumah ibu angkatnya yang baru sahaja meninggal dunia.
Mahira ditemukan maut dalam keadaan menyayat hati.
Pun begitu, ayah kandungnya, Oky Andriansyah tidak berpuas hati selain turut berasa aneh dengan keadaan rumah yang didiami mangsa berikutan ia dikunci dari luar.
"Dikatakan Mahira tinggal sendirian, tetapi pintu dikunci serta dimangga dari luar. Hanya Pak Kepling (ayah angkat mangsa) dan isteri barunya saja yang tahu cara membuka pintu tersebut.
"Selain itu, kenapa bahagian kepala sudah kelihatan tengkorak sedangkan badannya masih elok... wajah juga kesan luka terbakar. Malah kawasan sekitar juga kelihatan kuning seperti dibakar," luahnya.
Paling menghairankan apabila ayah angkat mangsa menolak bedah siasat dilakukan sekali gus menguatkan rasa curiga Oky Andriansyah terhadap Pak Kepling.
Dia turut mendakwa terdapat saksi yang melihat ayah angkat kepada mangsa berada di kawasan sekitar perumahan terbabit sebelum mangsa meninggal dunia.
Dalam pada itu, pihak polis masih menyiasat dan menantikan laporan bedah siasat. - Kumparan
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Tak lain tak bukan ni mesti angkara pak Kepling & bini baharunya |
|
|
|
|
|
|
|
kemain Pak Kepling, bini lama br meninggal dah terus pasang baru |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin pak kepling nk ambil rmh yg diduduki mangsa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kebumikan pakai baju meyah, siap pakej gunting kat tangan.. pastu jampi2 sket.. mana tau pak kepling dan bini baru mati kena tikam lepaih tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|