CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bahaya! Gigitan 'Ikan Pontianak' Boleh Bawa Maut

10-6-2023 09:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1265| Komen: 8

Washington: Seorang nelayan di Amerika Syarikat (AS) terkejut apabila menaikkan seekor makhluk parasit yang kelihatan begitu menyeramkan, lapor akhbar Daily Star UK semalam.

Eric Osinskie menangkap haiwan itu di Lembah Hudson, negeri New York pada 4 Jun lalu.


Dia berkongsi gambar haiwan yang kelihatan seakan belut dengan deretan gigi tajam itu di laman Facebook Catskill Outdoors.

Osinskie menunjukkan lamprei laut yang ditangkapnya. - Newsweek

Osinskie memberitahu majalah Newsweek: “Ia adalah perkara paling aneh pernah saya tangkap. Ia mungkin sepanjang 60 sentimeter atau lebih panjang.

“Saya sebenarnya tersilap menangkapnya. Saya fikir ia adalah kayu pada awalnya,” katanya.

Haiwan itu sebenarnya adalah lamprei laut yang kadang-kadang dikenali sebagai ‘ikan pontianak’.

Ia akan berhijrah ke sungai untuk bertelur dan menggunakan mulutnya untuk menyedut darah haiwan lain. 


Mangsa kebiasaannya mati akibat kehilangan darah atau jangkitan lain. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 10-6-2023 09:15 PM
Macam sperma cacat OKU saja rupanya.

Macam belut kacuk gamat tak cukup sifat pun ada.
Quote Buritan 10-6-2023 09:56 PM
Alif shukri ke punn
Quote kaedahnya 10-6-2023 11:14 PM
macam cacing jur ikan kampret ni
Quote PULANGKAN 11-6-2023 01:53 AM
gila. Iols jumpa ulat bulu, cacing nguet-nguet gerak pun dah melompat menjerit geli

ni kalau jumpa saiz gini, mau pengsan on the spot
Quote CikYaYaYa 11-6-2023 02:40 AM
eee geli laa iols tengokk
Quote dani-rox 11-6-2023 05:03 AM
Ikan lamprey nih bole dimakan katanya. Hidangan kelas atasan hokeh, esp utk raja2 Eropah zaman dulu2. Masa coronation Charles tempoh hari pun dia patut makan pai ikan nih kerana adat tradisi turun temurun. tp digantikan dgn daging ayam pulekk. btw pernah terbaca salah sorg raja England mati sbb melahap berpinggan2 pai ikan lamprey
Quote Tinot7 11-6-2023 11:33 AM
Can rupa alien.. iskk..
Quote Lentera 11-6-2023 04:51 PM
Jijikkkkkkssssss

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.062789 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top