Kathmandu, Nepal – Seorang pendaki wanita ditemui dalam keadaan tidak sedarkan pada ketinggian 8,500 meter dekat puncak everest di Zon Kematian diselamatkan oleh pemandu arah Sherpa. Menerusi laporan South China Morning Post, wanita tersebut bagaimanapun enggan membayar yuran menyelamat AS$10,000 (RM46,140) kepada individu yang menjadi penyelamat nyawanya itu.
Tindakannya menyebabkan dia mendapat kritikan hebat daripada netizen di Tanah Besar China. Dua lagi pendaki gunung China yang membantu menyelamatkan mangsa pula terpaksa membayar bayaran menyelamat tersebut, demikian menurut laman berita cqcb.com. Menurut media China, mangsa yang berusia 50 tahun dan berasal dari wilayah Hunan, tengah China itu ditemui oleh pemandu arah Sherpa ketika dia mengiringi seorang pendaki dari China menuju ke ‘bumbung dunia’ itu, petang 18 Mei lalu.
Pendaki yang dikenali dengan nama Fan bersetuju membantu menyelamatkan Liu dan dengan berbuat demikian, dia memilih meninggalkan impiannya untuk menakluki Everest. Sherpa dan pendaki itu hanya berjaya mengalihkan Liu sejauh 200 meter. Fan kemudian pergi bersendirian untuk mendapatkan bantuan dan berjumpa dengan Xie Ruxiang iaitu ahli Persatuan Pendaki Gunung Wilayah Hunan. Ruxiang bersetuju untuk membantu menyelamat mangsa dan meninggalkan rancangannya untuk sampai ke puncak gunung tersebut. Dia mendakwa bahawa pemandu Sherpanya pada mulanya keberatan untuk membantu sehingga dia menawarkan ganjaran AS$10,000 menyebabkannya bersetuju untuk berbuat demikian. Sumber: Kosmo! Online
|
dani-rox replied at 11-6-2023 04:53 AM
Lain kali mana2 pendaki yg taknak diselamatkan, baik siap2 lekat sticker khas kat jaket cthnya " Pls ...
gold_teeth replied at 10-6-2023 05:45 AM
Adoi xckup duit kut nak bayr, kena semnagat setiakawan jugak la kan sbab nk tlg pendaki yg berbahaya ...
dani-rox replied at 11-6-2023 04:53 AM
Lain kali mana2 pendaki yg taknak diselamatkan, baik siap2 lekat sticker khas kat jaket cthnya " Pls ...
she replied at 11-6-2023 04:17 AM
Ibarat kat jenis manusia
Bila susah buat muka sedih
Time lunch buat sedih kat pantry
ADVERTISEMENT