Taipei: Tiga tahun berpura-pura menghidap kanser pankreas tahap akhir, pempengaruh kecergasan terkenal Taiwan tampil mengakui penipuan itu dan memohon maaf. Portal Insider melaporkan pempengaruh itu yang dikenali sebagai MianBaoBao memadamkan hantaran lamanya.
"Kepada semua ahli keluarga, rakan, peminat, dan netizen yang mengambil berat mengenai saya, menyokong saya, dan menggembirakan saya, saya ingin memohon maaf," sebahagian terjemahan permohonan maaf itu, yang asalnya dalam Bahasa Mandarin. Sementara itu, South China Morning Post melaporkan MianBaobao yang mempunyai lebih daripada 11,000 pengikut, pertama kali mengumumkan diagnosis kansernya tiga tahun lalu. Profil dalam taliannya menggambarkannya sebagai seorang wanita yang bercita-cita menjadi atlet angkat berat bukan profesional dan pejuang kanser. Dia bukan sahaja kerap mendokumentasikan aktiviti angkat beratnya, tetapi juga berkongsi rawatan kansernya, menyiarkan imej titisan intravena (IV), adegan hospital dan rambut gugur dengan menggunakan tanda pagar seperti #cancerfightingdaily pada siarannya.
Menurut South China Morning Post, seorang lelaki yang mengatakan dia adalah bekas suami pempengaruh itu bahawa dia mula curiga kerana wanita terbabit tidak membenarkan untuk ditemani ketika menjalani rawatan. MianBaobao juga memohon maaf kepada syarikat yang membuat perjanjian penajaan dengannya. Wanita itu adalah antara beberapa pengaruh yang memalsukan kanser untuk sama ada media sosial atau keuntungan kewangan. Pada 2015, pempengaruh kesihatan Australia, Belle Gibson mengakui bahawa dia berbohong mengenai dirinya menghidap kanser otak terminal dan menyembuhkannya dengan pelan diet yang dicipta sendiri. Pada 2021, penyiar Twitch yang dikenali sebagai MsDirtyBird meminta maaf kerana berbohong kepada pengikutnya mengenai kanser paru-paru dan otak dan penstrim itu mengumpul dana berdasarkan diagnosis palsu itu. Sumber: Harian Metro
|
kepompong replied at 11-6-2023 10:24 AM
patut cakap je lah dah baik… senang abes cerita
macam retis2 kat bodgos tu… sihat terus lupa diri ...
kepompong replied at 10-6-2023 06:24 PM
patut cakap je lah dah baik… senang abes cerita
macam retis2 kat bodgos tu… sihat terus lupa diri ...
Dwdrum replied at 11-6-2023 11:30 AM
Pancreas cancer ini death quick... Agressive... survival rate very low... Selalu nya di diagnose l ...
kepompong replied at 10-6-2023 07:34 PM
kat malaysia ni… org buta tiba2 boleh melihat dgn hanya pegi mekah, baca ayat quran kat depan kaa ...
ADVERTISEMENT