CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 875|Reply: 14

Modal Kisah Sedih Selama Tiga Tahun

[Copy link]
Post time 10-6-2023 07:04 PM | Show all posts |Read mode
Taipei: Tiga tahun berpura-pura menghidap kanser pankreas tahap akhir, pempengaruh kecergasan terkenal Taiwan tampil mengakui penipuan itu dan memohon maaf.


Portal Insider melaporkan pempengaruh itu yang dikenali sebagai MianBaoBao memadamkan hantaran lamanya.






"Kepada semua ahli keluarga, rakan, peminat, dan netizen yang mengambil berat mengenai saya, menyokong saya, dan menggembirakan saya, saya ingin memohon maaf," sebahagian terjemahan permohonan maaf itu, yang asalnya dalam Bahasa Mandarin.


Sementara itu, South China Morning Post melaporkan MianBaobao yang mempunyai lebih daripada 11,000 pengikut, pertama kali mengumumkan diagnosis kansernya tiga tahun lalu.


Profil dalam taliannya menggambarkannya sebagai seorang wanita yang bercita-cita menjadi atlet angkat berat bukan profesional dan pejuang kanser.


Dia bukan sahaja kerap mendokumentasikan aktiviti angkat beratnya, tetapi juga berkongsi rawatan kansernya, menyiarkan imej titisan intravena (IV), adegan hospital dan rambut gugur dengan menggunakan tanda pagar seperti #cancerfightingdaily pada siarannya.


Menurut South China Morning Post, seorang lelaki yang mengatakan dia adalah bekas suami pempengaruh itu bahawa dia mula curiga kerana wanita terbabit tidak membenarkan untuk ditemani ketika menjalani rawatan.


MianBaobao juga memohon maaf kepada syarikat yang membuat perjanjian penajaan dengannya.


Wanita itu adalah antara beberapa pengaruh yang memalsukan kanser untuk sama ada media sosial atau keuntungan kewangan.


Pada 2015, pempengaruh kesihatan Australia, Belle Gibson mengakui bahawa dia berbohong mengenai dirinya menghidap kanser otak terminal dan menyembuhkannya dengan pelan diet yang dicipta sendiri.


Pada 2021, penyiar Twitch yang dikenali sebagai MsDirtyBird meminta maaf kerana berbohong kepada pengikutnya mengenai kanser paru-paru dan otak dan penstrim itu mengumpul dana berdasarkan diagnosis palsu itu.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2023 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga yg memintak sgt sakit ni, dimakbulkan permintaanya
Sakit betul2 baru padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
hanjengggg ni semua semata nk view, duit senang kannn
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 09:06 PM | Show all posts
golongan yang tidak mengenal erti dosa. jika tak kantoi, untung lah....gitew
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 08:45 AM | Show all posts
Golongan kafir apa nak heran asalkan masyukkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi follower dia 11000 je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2023 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Modal menipu macam ahli politik
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
patut cakap je lah dah baik… senang abes cerita

macam retis2 kat bodgos tu… sihat terus lupa diri kihkihkihhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2023 11:11 AM | Show all posts
kepompong replied at 11-6-2023 10:24 AM
patut cakap je lah dah baik… senang abes cerita

macam retis2 kat bodgos tu… sihat terus lupa diri ...

betul tu

konfem ada golongan bloody weird akan percaya

sama macam sorang tu 25 tahun modal jaja janji pentipuan
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Rupa sehat walafiat.. kanser amendernya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 10-6-2023 06:24 PM
patut cakap je lah dah baik… senang abes cerita

macam retis2 kat bodgos tu… sihat terus lupa diri ...

Pancreas cancer ini death quick... Agressive... survival rate very low... Selalu nya di diagnose last stage ... 3 tahun patut minta report jah untuk percaya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 11:31 AM | Show all posts
bodoh punya ah sohh
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 11-6-2023 11:30 AM
Pancreas cancer ini death quick... Agressive... survival rate very low... Selalu nya di diagnose l ...

kat malaysia ni… org buta tiba2 boleh melihat dgn hanya pegi mekah, baca ayat quran kat depan kaabah. Orang lumpuh boleh berjalan, etc. Benda tak masuk akal semua orang TETAP percaya . Boleh baca bodgos sbg hiburan
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
owh … taiwan tkde benda2 miracle lah kan. Patot dia pindah malaya macam matdan @ maryam kimchi
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 10-6-2023 07:34 PM
kat malaysia ni… org buta tiba2 boleh melihat dgn hanya pegi mekah, baca ayat quran kat depan kaa ...

Bukan di malaysia saja... Manusia yang betul betul percaya miracles tanpa explanation and evidence ini ramai... Tiada sesuatu ber laku tanpa explanation /reasoning.... Selalu nya upbringin and brainwash...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.044103 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list