CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Angie Hubungi Ibu, Minta Tarik Balik Laporan Polis

10-6-2023 02:20 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1107| Komen: 5

Kulai: Ibu kepada Chong Sum Yee atau Angie, 22, rakyat Malaysia yang hilang di Thailand sejak 2 Jun lalu, memaklumkan anak gadisnya itu ada berhubung dengannya menerusi aplikasi audio WhatApps, semalam.


Kata Chee Choy Win, 50, anaknya memberitahu dia berada di Thailand tanpa butiran lanjut dan meminta ibunya untuk menarik semula laporan polis.

ANGIE. FOTO YouTube.

Walaupun Angie memaklumkan dia dalam keadaan baik namun ibunya masih bimbangkan keselamatan anaknya apatah selepas mendengar suara wanita itu yang agak tertekan.

Katanya, dia yakin anaknya masih selamat namun bimbang sekiranya menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia atau scammer.

"Saya cuba menghubungi Angie malam tadi namun tidak berjawab. Tidak lama kemudian, dia menghubungi saya semula dan mengatakan dia dalam keadaan sihat dan sangat bahagia di sana, namun suaranya kedengaran agak tertekan.


"Malah, dia turut meminta saya menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum memutuskan panggilan. Selepas itu dia tidak dapat dihubungi lagi, mesej dihantar melalui WhatsApp tidak dibaca," katanya ketika ditemui di pejabat DAP Johor bersama Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor, Alan Tee Boon Tsong di Taman Tropika di sini, hari ini.

Sementara itu, Boon Tsong berkata, pada 4 Jun lalu, dia bersama ibu mangsa pergi ke Chiang Mai, Thailand selepas mendapat panggilan polis negara itu berhubung kehilangan Angie.

Katanya, segala butiran Angie di sana sangat terperinci namun jejaknya tidak dapat dikesan.

Choy Won menunjukkan gambar Angie. FOTO Omar Ahmad

"Mereka menyatakan laporan selesai dan meminta keluarga ke Thailand untuk mendengar status terkini.

"Polis memaklumkan Angie memang tiba di Thailand namun kemungkinan besar dia sudah meninggalkan negara itu dan pergi ke Myanmar," katanya.

Pada 7 Jun lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk membantu pihak berkuasa Thailand mengesan rakyat Malaysia yang dilapor hilang di Chiang Mai.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dilaporkan berkata, selain tiga pihak itu, usaha mengesan Angie turut membabitkan kerjasama pihak berkuasa Myanmar.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cokoro 10-6-2023 02:41 PM
Hmmm. Semoga dpt ditemuilah secepatnya
Quote sambaldurian 10-6-2023 03:04 PM
Pelik juga, katalah dia org Johor , nk sgt duit lebih, kerja jela kt Singapore. Dh cmne pulak boleh tersesat smpai ke Thai-Myanmar. Pastu profesion  pekerja kecantikan je.
Quote shernazz 10-6-2023 04:28 PM
Entah2 dipaksa posing senyum2 supaya mak dia tak risau kot
Entah Le..m
Quote lightheaded67 10-6-2023 04:50 PM
Edited by lightheaded67 at 10-6-2023 04:55 PM

understanding the teen brain.

https://www.urmc.rochester.edu/encyclopedia/content.aspx?ContentTypeID=1&ContentID=3051#:~:text=The%20rational%20part%20of%20a,cortex%2C%20the%20brain%27s%20rational%20part.


https://www.nimh.nih.gov/health/publications/the-teen-brain-7-things-to-know#:~:text=The%20brain%20finishes%20developing%20and,prioritizing%2C%20and%20making%20good%20decisions.
Quote kaedahnya 10-6-2023 08:21 PM
ni i tanya saja ye, kalau berhutang, SOP pemiutang sekarang ialah export penghutang ke burma untuk kerja (scammer) sampai capai target yakni jumlah hutang ke? tanya je tau?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.076372 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top