View: 736|Reply: 5
|
Angie Hubungi Ibu, Minta Tarik Balik Laporan Polis
[Copy link]
|
|
Kulai: Ibu kepada Chong Sum Yee atau Angie, 22, rakyat Malaysia yang hilang di Thailand sejak 2 Jun lalu, memaklumkan anak gadisnya itu ada berhubung dengannya menerusi aplikasi audio WhatApps, semalam.
Kata Chee Choy Win, 50, anaknya memberitahu dia berada di Thailand tanpa butiran lanjut dan meminta ibunya untuk menarik semula laporan polis.
ANGIE. FOTO YouTube.
Walaupun Angie memaklumkan dia dalam keadaan baik namun ibunya masih bimbangkan keselamatan anaknya apatah selepas mendengar suara wanita itu yang agak tertekan.
Katanya, dia yakin anaknya masih selamat namun bimbang sekiranya menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia atau scammer.
"Saya cuba menghubungi Angie malam tadi namun tidak berjawab. Tidak lama kemudian, dia menghubungi saya semula dan mengatakan dia dalam keadaan sihat dan sangat bahagia di sana, namun suaranya kedengaran agak tertekan.
"Malah, dia turut meminta saya menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum memutuskan panggilan. Selepas itu dia tidak dapat dihubungi lagi, mesej dihantar melalui WhatsApp tidak dibaca," katanya ketika ditemui di pejabat DAP Johor bersama Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor, Alan Tee Boon Tsong di Taman Tropika di sini, hari ini.
Sementara itu, Boon Tsong berkata, pada 4 Jun lalu, dia bersama ibu mangsa pergi ke Chiang Mai, Thailand selepas mendapat panggilan polis negara itu berhubung kehilangan Angie.
Katanya, segala butiran Angie di sana sangat terperinci namun jejaknya tidak dapat dikesan.
Choy Won menunjukkan gambar Angie. FOTO Omar Ahmad
"Mereka menyatakan laporan selesai dan meminta keluarga ke Thailand untuk mendengar status terkini.
"olis memaklumkan Angie memang tiba di Thailand namun kemungkinan besar dia sudah meninggalkan negara itu dan pergi ke Myanmar," katanya.
Pada 7 Jun lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk membantu pihak berkuasa Thailand mengesan rakyat Malaysia yang dilapor hilang di Chiang Mai.
Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dilaporkan berkata, selain tiga pihak itu, usaha mengesan Angie turut membabitkan kerjasama pihak berkuasa Myanmar.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm. Semoga dpt ditemuilah secepatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik juga, katalah dia org Johor , nk sgt duit lebih, kerja jela kt Singapore. Dh cmne pulak boleh tersesat smpai ke Thai-Myanmar. Pastu profesion pekerja kecantikan je. |
|
|
|
|
|
|
|
Entah2 dipaksa posing senyum2 supaya mak dia tak risau kot
Entah Le..m |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lightheaded67 at 10-6-2023 04:55 PM
understanding the teen brain.
https://www.urmc.rochester.edu/encyclopedia/content.aspx?ContentTypeID=1&ContentID=3051#:~:text=The%20rational%20part%20of%20a,cortex%2C%20the%20brain%27s%20rational%20part.
https://www.nimh.nih.gov/health/publications/the-teen-brain-7-things-to-know#:~:text=The%20brain%20finishes%20developing%20and,prioritizing%2C%20and%20making%20good%20decisions. |
|
|
|
|
|
|
|
ni i tanya saja ye, kalau berhutang, SOP pemiutang sekarang ialah export penghutang ke burma untuk kerja (scammer) sampai capai target yakni jumlah hutang ke? tanya je tau? |
|
|
|
|
|
|
| |
|