Ipoh: Gara-gara tekanan kerja, seorang lelaki bertindak memasuki kawasan hutam selama enam hari. Bagaimanapun, mangsa yang menghubungi talian kecemasan awal pagi tadi diselamatkan oleh bomba.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, bomba menerima panggilan pada 11.44 malam tadi dan bergegas ke lokasi yang dimaklumkan mangsa. Katanya, Mohamad Suhairy Mohamed, 41, menaiki bas dari Kuala Lumpur pada 3 Jun lalu menuju ke Terminal Amanjaya disebabkan tekanan di tempat kerja dan mengambil keputusan untuk hidup di dalam hutan. Bagaimanapun katanya, akibat lapar dan tersesat, mangsa mengambil keputusan menghubungi talian kecemasan 999 melalui telefon bimbitnya. "Mangsa memakai baju berwarna oren, berseluar jeans biru dapat dihubungi melalui telefon tetapi tiada rangkaian internet.
"Mangsa memasuki hutan melalui PPU TNB berhampiran Jabatan Audit Negara, dan ketika sampai di lokasi kejadian, komander operasi menghubungi mangsa dan mangsa memaklumkan dia mendengar kehadiran jentera bomba dari dalam hutan," katanya dalam kenyataan di sini. Katanya, komander operasi kemudian mengarahkan anggota bertugas membuat pencarian awal di kawasan hutan dan mangsa dijumpai pada 2.46 pagi pada jarak 3.2 kilometer, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, katanya. Sumber: Harian Metro
|
noor2 replied at 10-6-2023 09:38 AM
@Orenn1
Baca thread ni...hihi
Orenn1 replied at 10-6-2023 05:45 PM
Dah baca, sabo je, apalqh tekanannya. Mcm kita katq noor selalunya psl org, pukan psl keja sgt, ke ...
noor2 replied at 10-6-2023 10:02 AM
Hehe...tp tah knp rasa lucu pulak sebab umur dah 41...lain la umur 21....
Noor rasa dia ni mmgx b ...
monreyes replied at 10-6-2023 06:59 PM
baiklah sewa mana2 chalet lepak tgk laut...aku pun kadang2 teringin fefeling nak healing berseoranga ...
monreyes replied at 10-6-2023 06:59 PM
baiklah sewa mana2 chalet lepak tgk laut...aku pun kadang2 teringin fefeling nak healing berseoranga ...
monreyes replied at 10-6-2023 06:59 PM
baiklah sewa mana2 chalet lepak tgk laut...aku pun kadang2 teringin fefeling nak healing berseoranga ...
ADVERTISEMENT