CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 1794|Reply: 41

Lelaki Hidup 6 Hari Dalam Hutan Akibat Tekanan Diselamatkan Bomba

[Copy link]
Post time 10-6-2023 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Ipoh: Gara-gara tekanan kerja, seorang lelaki bertindak memasuki kawasan hutam selama enam hari.


Bagaimanapun, mangsa yang menghubungi talian kecemasan awal pagi tadi diselamatkan oleh bomba.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, bomba menerima panggilan pada 11.44 malam tadi dan bergegas ke lokasi yang dimaklumkan mangsa.






Katanya, Mohamad Suhairy Mohamed, 41, menaiki bas dari Kuala Lumpur pada 3 Jun lalu menuju ke Terminal Amanjaya disebabkan tekanan di tempat kerja dan mengambil keputusan untuk hidup di dalam hutan.


Bagaimanapun katanya, akibat lapar dan tersesat, mangsa mengambil keputusan menghubungi talian kecemasan 999 melalui telefon bimbitnya.


"Mangsa memakai baju berwarna oren, berseluar jeans biru dapat dihubungi melalui telefon tetapi tiada rangkaian internet.


"Mangsa memasuki hutan melalui PPU TNB berhampiran Jabatan Audit Negara, dan ketika sampai di lokasi kejadian, komander operasi menghubungi mangsa dan mangsa memaklumkan dia mendengar kehadiran jentera bomba dari dalam hutan," katanya dalam kenyataan di sini.


Katanya, komander operasi kemudian mengarahkan anggota bertugas membuat pencarian awal di kawasan hutan dan mangsa dijumpai pada 2.46 pagi pada jarak 3.2 kilometer, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2023 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekali baca tajuk pemahaman aku, laki lari ke hutan sbb tertekan kerana diselamatkan bomba ( bomba selamatkan dia dulu pastu dia malu tertekan). Btw tekanan di tmpat kerja ni jgn main2. Kdg2 yg buat tertekan tu bkn job scope tp org2 (superior / colleague). Gaslighting persons. Jumpa group gini ko doa jela bnyk2, biar dorg dpt karma - kesedaran balik.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Umur 41...kerja apa agaknya yg kuat sgt tekanan sampai lari masuk hutan....x cerdik sungguh la perangai
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Susah nak ckp pasal tekanan kerja ni tapi dekkkk jgn la masuk hutan kalau survival skills tak ada.  Kau gi la tioman ke perhentian ke pulau2 kecil dekat2 situ pastu tu duduk kat kg nelayan tu, internet pun no signal kadang2.  At least kalau lapar ada kedai nak berak ada air basuh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon tengok YT psl survival skills, pasal bina cabin dan segala yg berkaitan dgn off grid living barulah merajuk masuk hutan.
Buat benda gini, akibatnya menghabiskan duit rakyat je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 04:33 PM | Show all posts
3km dari jabatan audit berhampiran terminal amanjaya?
jabatan audit tu pun sebelah balai bomba tu kan

Iols rasa, kawasan sekitar tu idok ler hutan tebal mana

nasib baik selamat jumpa. bomba pun terkejut, ada laporan orang hilang belakang balai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2023 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tekanan kerja jangan main2, dari xde sakit jantung boleh sakit jantung tekan darah naik tak cukup rehat, bukan setakat tu, jalan jem,  jiran bising, rakan sekerja bos gile. Kalau malas kerja sila rompak ka apa ka baca hukuman dulu jenis penjara punya bukan jenis hukuman gantung atau sebat, utk makan berak tanggung penjara
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukannya hutan tebal pun kawasan situ. Alang2 nak hilangkan diri, pergi kawasan sungai siput arah ke pos kuala mu tu. Ada jugak sungai dan buluh untuk dimakan. Kalau mati boleh jadi makanan harimau dan baja pokok. Suka berdrama dan menyusahkan orang betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2023 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo tertekan kerja resign je la cr keje lain apa yg susahnya? Ha mesti jenis high maintenance ni, pki phone mahal, kete mahal. So keje biasa2 da x dpt nak tampung Sara hidup. Lain kali hidup lah sbtg Kara br cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk kat sayong TU ke .
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
@Orenn1
Baca thread ni...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 05:45 PM | Show all posts
noor2 replied at 10-6-2023 09:38 AM
@Orenn1
Baca thread ni...hihi

Dah baca, sabo je, apalqh tekanannya. Mcm kita katq noor selalunya psl org, pukan psl keja sgt, keja mcm mana pun klu susah kita blh belajar, klu busy kita urus dgn lebih baik, tp manusia kat situ mcm bangsattt klu tak pandai handle perasaan mmg blh tertekan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 10-6-2023 05:45 PM
Dah baca, sabo je, apalqh tekanannya. Mcm kita katq noor selalunya psl org, pukan psl keja sgt, ke ...

Hehe...tp tah knp rasa lucu pulak sebab umur dah 41...lain la umur 21....

Noor rasa dia ni mmgx boleh kerja bawah org...kena bukak company sendiri je
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 06:07 PM | Show all posts
noor2 replied at 10-6-2023 10:02 AM
Hehe...tp tah knp rasa lucu pulak sebab umur dah 41...lain la umur 21....

Noor rasa dia ni mmgx b ...

Maybelah tp pelik sgt cara dia handle stress, tak pnh org buat
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Prepper ke ni?  Ke penganut Masitah??
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
baiklah sewa mana2 chalet lepak tgk laut...aku pun kadang2 teringin fefeling nak healing berseorangan..masalahnya takut pulak tidor sensorang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2023 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 10-6-2023 06:59 PM
baiklah sewa mana2 chalet lepak tgk laut...aku pun kadang2 teringin fefeling nak healing berseoranga ...

Ni betul chuolllzzahhh, meols setuju.
Nak OT jap. Meols baru2 ni tetiba stress melampau dgn anak meols smp meols menangis melolong mengadu dkt Husband.
Terus the next day meols healing sorang2 pegi hotel. Tinggal husband tinggal anak. Meols kasitau husband la meols nak healing sengsorang, tapi Meols tak ckp kat mana. Biar dia bergasak anak beranak.
Kdg2 meols rasa diorang ni, bila kita mak2 dah takde depan mata, baru nak hargai di kenang2.
Balik rumah, meols fresh dan anak meols terus seriau nak misbehave. Meols pun puas dpt tido, dpt mkn, dpt ngopi2. Tapi downside nye - mampos rumah tonggang terbalik mcm kapal titanic
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 10-6-2023 06:59 PM
baiklah sewa mana2 chalet lepak tgk laut...aku pun kadang2 teringin fefeling nak healing berseoranga ...

Mcm iol tdo sorg blh lg
Tang bajet tu plk yg jd soalnya
Hujung2 healing je la kt rmh
Klu bangun awl g jogging ambik fresh air pagi


Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
lama gak bateri hp dia tahan sampai 6 hari dlm hutan
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 10-6-2023 06:59 PM
baiklah sewa mana2 chalet lepak tgk laut...aku pun kadang2 teringin fefeling nak healing berseoranga ...

sama la kita.. nak merayap sensorang tapi takut bila nak tido malam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.047664 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list