CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Idolakan Sheila Majid Sejak Kecil, Afgan Tak Sangka Pertemuan Di Konsert Terus Jadi Sahabat Baik

10-6-2023 10:17 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 602| Komen: 0

Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan mendedahkan dia sangat mengidolakan penghibur, Sheila Majid sejak kecil lagi.

Kompas melaporkan, pemilik nama sebenar, Afgansyah Reza, 34, berkata dia bertemu dengan penyanyi Malaysia itu buat pertama kali sewaktu mengadakan konsert di Kuala Lumpur.



Sejak daripada pertemuan itu, Afgan dan Sheila atau Shaheila Abdul Majid, 58, menjadi sahabat baik sehingga menghasilkan kolaborasi bersama.

"Sheila Majid? Iya pasti, sejak kecil lagi saya sudah minat pada Sheila.

"Sewaktu saya mengadakan konsert di Kuala Lumpur, dia datang menonton dan selepas itu kami terus menjadi sahabat.

"Saya sangat senang apabila mendapat seorang sahabat seperti Sheila," katanya.


Dalam pada itu, menurut penyanyi lagu Jodoh Pasti Bertemu ini, Sheila menjadi salah satu motivasi terhadap kerjaya muziknya dan pernah melahirkan beberapa lagu kolaborasi bersama.

Malah, Afgan turut pernah memberikan nafas baharu pada lagu Sheila yang berjudul Ku Mohon.

Selain Sheila, Afgan turut mengidolakan beberapa penyanyi Indonesia termasuk mendiang Glenn Fredly dan Chrisye.

"Kalau dari Indonesia saya meminati ramai penyanyi lelaki antaranya Glenn Fredly, Chrisye, Marcell Siahaan, Rio Febrian dan seangkatan mereka," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.420968 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top