Kuala Lumpur: Polis menerima laporan kejadian membabitkan pelajar tingkatan tiga dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah menengah di Kajang, dekat sini, hari ini. Gadis berusia 15 tahun itu patah tulang belakang ditemui dalam keadaan terbaring dipercayai jatuh dari tingkat di mana kelasnya berada.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kajang oleh pihak sekolah dan disahkan mengalami patah tulang belakang T12 serta cedera di kepala. Katanya lagi, mangsa dikatakan mempunyai penyakit mental dan ketika kejadian, dia keluar ke tandas sebelum dijumpai terbaring di tingkat bawah. "Dalam keterangan ibu bapanya menyatakan mangsa mengalami penyakit itu sejak 2020 selepas diserang demam panas hingga menyebabkan sawan. "Sehingga kini mangsa masih menerima rawatan dan pemeriksaan di Klinik Neurology Hospital Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Zaid berkata, kebiasaannya mangsa akan ditemani rakan sekelas untuk ke tandas, namun semasa kejadian mangsa keluar seorang diri. "Kes diklasifikasi mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba bunuh diri. Bagaimanapun pihak polis masih menyiasat punca sebenar kejadian," katanya. Sehubungan itu, katanya saksi yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Faeez di talian 013-2773407 atau mana-mana balai polis berdekatan. Sumber: Harian Metro
|
umie replied at 11-6-2023 09:39 AM
Budak ni xde sakit mental pun. Pandai jer reporter buat cerita. Dia kena sawan masa umur 13 tahun. L ...
umie replied at 11-6-2023 09:39 AM
Budak ni xde sakit mental pun. Pandai jer reporter buat cerita. Dia kena sawan masa umur 13 tahun. L ...
umie replied at 11-6-2023 09:39 AM
Budak ni xde sakit mental pun. Pandai jer reporter buat cerita. Dia kena sawan masa umur 13 tahun. L ...
asfaz replied at 11-6-2023 06:51 PM
Kesiannya budak ni. Mcm mana dia sekarang. Harap tak teruk la
Jahat betul la wartawan guna perkat ...
umie replied at 11-6-2023 09:39 AM
Budak ni xde sakit mental pun. Pandai jer reporter buat cerita. Dia kena sawan masa umur 13 tahun. L ...
kechikchomel replied at 11-6-2023 05:49 PM
Sekolah mana ni? Memang duduk asrama ke sebelum ni? Berani betul mak ayah dia masuk kan ke asrama ...
ADVERTISEMENT