CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1098|Reply: 15

Pelajar Tingkatan Tiga Hidap Masalah Mental Patah Tulang Belakang Kerana Jatuh Bangunan

[Copy link]
Post time 9-6-2023 09:58 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Polis menerima laporan kejadian membabitkan pelajar tingkatan tiga dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah menengah di Kajang, dekat sini, hari ini.


Gadis berusia 15 tahun itu patah tulang belakang ditemui dalam keadaan terbaring dipercayai jatuh dari tingkat di mana kelasnya berada.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kajang oleh pihak sekolah dan disahkan mengalami patah tulang belakang T12 serta cedera di kepala.






Katanya lagi, mangsa dikatakan mempunyai penyakit mental dan ketika kejadian, dia keluar ke tandas sebelum dijumpai terbaring di tingkat bawah.


"Dalam keterangan ibu bapanya menyatakan mangsa mengalami penyakit itu sejak 2020 selepas diserang demam panas hingga menyebabkan sawan.


"Sehingga kini mangsa masih menerima rawatan dan pemeriksaan di Klinik Neurology Hospital Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mohd Zaid berkata, kebiasaannya mangsa akan ditemani rakan sekelas untuk ke tandas, namun semasa kejadian mangsa keluar seorang diri.


"Kes diklasifikasi mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba bunuh diri. Bagaimanapun pihak polis masih menyiasat punca sebenar kejadian," katanya.


Sehubungan itu, katanya saksi yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Faeez di talian 013-2773407 atau mana-mana balai polis berdekatan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2023 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 01:37 AM | Show all posts
Banyak faktor yang mengganggu.
Usia baru 15 tahun. Takziah kepada keluarga arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 03:31 AM | Show all posts
Harap takde yg tolak. Takziah pd family.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak ni xde sakit mental pun. Pandai jer reporter buat cerita. Dia kena sawan masa umur 13 tahun. Lepas kena sawan dia jadi lembam sikit dan sentiasa nak kan perhatian. Anak officemate my SIL.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
umie replied at 11-6-2023 09:39 AM
Budak ni xde sakit mental pun. Pandai jer reporter buat cerita. Dia kena sawan masa umur 13 tahun. L ...

Laaaa memandai ye reporter ni ye huhu
Aku blur gak tadi bila cuba relate kan sawan dgn sakit mental. Ampeh betul reporter ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2023 05:49 PM | Show all posts
umie replied at 11-6-2023 09:39 AM
Budak ni xde sakit mental pun. Pandai jer reporter buat cerita. Dia kena sawan masa umur 13 tahun. L ...

Sekolah mana ni? Memang duduk asrama ke sebelum ni? Berani betul mak ayah dia masuk kan ke asrama kalau anak memang selalu kena perhati

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 06:37 PM | Show all posts
Kasihannya. Semoga Allah beri kesembuhan kpd anak ini dan semoga keluarganya bertabah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2023 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
umie replied at 11-6-2023 09:39 AM
Budak ni xde sakit mental pun. Pandai jer reporter buat cerita. Dia kena sawan masa umur 13 tahun. L ...

Kesiannya budak ni. Mcm mana dia sekarang. Harap tak teruk la
Jahat betul la wartawan guna perkataan mental.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 08:09 PM | Show all posts
Betul la you need to be crazy untuk berani terjun macam tu. Gila ni tak perlu ada sijil gila pun.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 11-6-2023 06:51 PM
Kesiannya budak ni. Mcm mana dia sekarang. Harap tak teruk la
Jahat betul la wartawan guna perkat ...

Adik ni patah tulang belakang and pendarahan otak. Anak bongsu. Dugaan betul utk both parents
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
umie replied at 11-6-2023 09:39 AM
Budak ni xde sakit mental pun. Pandai jer reporter buat cerita. Dia kena sawan masa umur 13 tahun. L ...

Itu aku pelik.. cemane org sakit mental boleh pi skolah cam biasa..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya lembam tu yang wartawan pukul rata as mental kot...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 11-6-2023 05:49 PM
Sekolah mana ni? Memang duduk asrama ke sebelum ni? Berani betul mak ayah dia masuk kan ke asrama  ...

Sekolah menengah mcm biasa bkn asrama.satu sekolah ngn anak iolss.tp sessi pg.anak iolls sessi ptg
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 10:08 AM | Show all posts
"Kes diklasifikasi mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba bunuh diri"


akta ni la kan yg dlm proses utk dimansuhkan
instead of hntr penjara, hantar dorg ni utk penilaian mental dan rawatan lanjut
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 12:47 PM | Show all posts
aku ingat dia sakit mental lepas jatuh dari bangunan sekolah..adui ayatnya pun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.145600 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list