CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota Polis Terpaksa Lepas Tembakan, Elak Digilis Kereta Pencuri Kabel

9-6-2023 09:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 561| Komen: 3

Alor Setar: Dalam satu kejadian pada jam 4 pagi, anggota polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri selepas nyaris digilis kereta dinaiki tiga lelaki di hadapan Medan Selera Premba, di sini hari ini.


Satu das tembakan hingga terkena suspek di tempat duduk belakang kereta jenis Nissan Sentra.

Menurut sumber, anggota polis pada mulanya mengesan suspek menaiki kenderaan itu yang dipercayai geng curi kabel telekomunikasi.

Polis melakukan siasatan di lokasi kejadian kereta dinaiki geng curi kabel yang nyaris menggilis seorang anggota di hadapan Medan Selera Premba. FOTO Ihsan Pembaca.

"Sebelum itu, anggota polis berkenaan sudah menahan suspek lain yang juga geng curi kabel Telekom.

"Hasil siasatan lanjut, suspek memberitahu ada satu lagi kumpulan turut melakukan kegiatan sama tidak jauh dari situ dan anggota polis berkenaan bergegas ke lokasi kejadian," katanya.


Sumber berkata, sebaik tiba, anggota keluar daripada kereta peronda polis (MPV) dan cuba menghampiri kenderaan suspek.

"Ketika itu, suspek bertindak mengundur kenderaan hingga hingga melanggar anggota polis terbabit dan nyaris menggilisnya ketika dia terjatuh.

"Suspek sekali lagi cuba melanggar anggota polis itu hingga mangsa terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri," katanya.

Menurutnya, dalam keadaan kelam kabut itu suspek memecut kenderaan sebelum dikejar dan berjaya ditahan berhampiran sebuah bangunan kedai.

Katanya, terdapat tiga suspek dalam kenderaan dan penumpang belakang yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut serta dilaporkan stabil.

"Anggota polis terbabit pula patah tulang keting," kata sumber itu yang memberitahu semua lelaki itu terbabit kegiatan curi kabel di negeri ini dan datang dari Sungai Petani untuk melakukan aktiviti demikian.

Sumber memberitahu semua suspek berusia 30 hingga 50-an itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati semua suspek positif methamphetamine," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kkm123 24-7-2023 12:10 PM
sama seperti kes di luar negara, cuma polis tak sempat nak selamatkan diri terus meninggal dilanggar oleh suspek dengan kereta
Quote matamata 24-7-2023 12:15 PM
Astaga...tulang keting
Quote pooh~key 24-7-2023 12:15 PM
Bala dah sampai akibat 1975 cium atas pentas sis.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.116057 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top