LONDON – Seorang wanita berumur 32 tahun dan teman lelakinya yang berusia 23 tahun terkejut kerana ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mendapati mereka sebenarnya adalah ibu saudara serta anak saudara.
Thaiger melaporkan, mereka menerima berita mengenainya ketika wanita tersebut hamil anak mereka tujuh bulan. Katanya, dia keluar bersama lelaki berkenaan yang kira-kira sembilan tahun lebih muda, tanpa sebarang syak wasangka mengenai kemungkinan hubungan persaudaraan. Bagaimanapun, ujian DNA yang dijalankan baru-baru ini bagi membantu lelaki muda tersebut untuk untuk mencari ibu bapa kandungnya menemui kebenaran agak mengejutkan. Walaupun ujian sama berulang kali dilakukan, keputusannya tetap konsisten. Wanita itu mendapati teman lelakinya yang lebih muda adalah anak kepada saudara perempuan tirinya yang pernah melarikan diri dari rumah keluarga mereka ketika masih usia remaja.
Saudara perempuan tiri wanita itu dikenali sebagai Vanessa dan dilaporkan meninggalkan mereka pada usia 15 tahun sekali gus terputus hubungan dengan keluarga sejak itu. Pada masa ini, teman lelakinya tinggal di sebuah hotel tetapi wanita itu menyatakan hasratnya untuk dia pulang ke rumah. “Selepas kami bercakap, kami berdua merasakan perkara yang sama. Saya tidak tahu hendak buat apa. Saya sangat keliru tetapi kami masih saling mencintai,” katanya –CARI Sumber: Kosmo |
Wanita itu mendapati teman lelakinya yang lebih muda adalah anak kepada saudara perempuan tirinya
Decaffeinated replied at 9-6-2023 07:26 PM
adik tiri (step sister) sepatutnya tiada pertalian darah DNA pun tak sangkut, unless wartawan sala ...
AJENALI replied at 9-6-2023 08:32 PM
mungkin salah translate
ADVERTISEMENT