View: 908|Reply: 5
|
Tak Sedar Kekasih Sebenanya Anak Saudara Sendiri, Wanita Bingung Sebab Dah Hamil 7 Bulan
[Copy link]
|
|
LONDON – Seorang wanita berumur 32 tahun dan teman lelakinya yang berusia 23 tahun terkejut kerana ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mendapati mereka sebenarnya adalah ibu saudara serta anak saudara.
Thaiger melaporkan, mereka menerima berita mengenainya ketika wanita tersebut hamil anak mereka tujuh bulan.
Katanya, dia keluar bersama lelaki berkenaan yang kira-kira sembilan tahun lebih muda, tanpa sebarang syak wasangka mengenai kemungkinan hubungan persaudaraan.
Gambar Hiasan
Bagaimanapun, ujian DNA yang dijalankan baru-baru ini bagi membantu lelaki muda tersebut untuk untuk mencari ibu bapa kandungnya menemui kebenaran agak mengejutkan.
Walaupun ujian sama berulang kali dilakukan, keputusannya tetap konsisten.
Wanita itu mendapati teman lelakinya yang lebih muda adalah anak kepada saudara perempuan tirinya yang pernah melarikan diri dari rumah keluarga mereka ketika masih usia remaja.
Saudara perempuan tiri wanita itu dikenali sebagai Vanessa dan dilaporkan meninggalkan mereka pada usia 15 tahun sekali gus terputus hubungan dengan keluarga sejak itu.
Pada masa ini, teman lelakinya tinggal di sebuah hotel tetapi wanita itu menyatakan hasratnya untuk dia pulang ke rumah.
“Selepas kami bercakap, kami berdua merasakan perkara yang sama. Saya tidak tahu hendak buat apa. Saya sangat keliru tetapi kami masih saling mencintai,” katanya –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam cerita GOT pulak |
|
|
|
|
|
|
|
kakak dia lari umah pastu peknen pastu bagi anak kt orang, anak dh besar cari mak kandung, tetiba awek sendiri adalah adik mak kandung, peninggg |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita itu mendapati teman lelakinya yang lebih muda adalah anak kepada saudara perempuan tirinya
adik tiri (step sister) sepatutnya tiada pertalian darah DNA pun tak sangkut, unless wartawan salah translate half sister. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 9-6-2023 07:26 PM
adik tiri (step sister) sepatutnya tiada pertalian darah DNA pun tak sangkut, unless wartawan sala ...
mungkin salah translate |
|
|
|
|
|
|
|
Memang ada orang melayu sendiri yang menyangka half brother atau half sister itu saudara tiri tapi sebenarnya salah. Saudara tiri takde blood relation.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|