Remaja perempuan berusia 19 tahun di Columbia mendakwa dia dihamili ‘roh jahat’. Pengakuan remaja perempuan berkenaan mencetuskan kontroversi di media sosial Latino setelah memberitahu TV Malambo, sebuah media tempatan di Colombia, bahawa dia percaya dia telah dihamilkan oleh kuasa ghaib tanpa pernah melakukan hubungan intim dengan mana-mana lelaki.
Remaja yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, dia sebelum ini mengalami mimpi aneh dan merasakan kehadiran benda ghaib di dalam biliknya sebelum terputus haid. Bimbang melihat keadaan remaja itu, ibunya segera membawa anaknya berjumpa dengan pakar sakit puan bagi menjalani pemeriksaan lanjut. Dan ketika itulah gadis ‘suci’ itu memberitahu dia sedang hamil walaupun tidak pernah meniduri mana-mana lelaki. Sedar pengakuannya itu agak sukar diterima dan dipercayai, tetapi dia sendri juga tidak memahami apatah lagi percaya yang dirinya boleh hamil tanpa melakukan hubungan intim.
Kisah remaja perempuan berkenaan mengundang pelbagai perspektif. Ada yang mendakwa bahawa gadis itu hanya sengaja mereka cerita supaya perbuatannya melakukan hubungan luar nikah tidak diketahui oleh ibu bapanya. Di Colombia, remaja berusia antara 14 dan 19 tahun dikatakan lebih kerap hamil berbanding di kebanyakan negara lain di dunia. Sumber: The Reporter
|
ADVERTISEMENT