CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 688|Reply: 9

Remaja Dakwa Dihamili Kuasa Ghaib, Roh Jahat

[Copy link]
Post time 9-6-2023 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Remaja perempuan berusia 19 tahun di Columbia mendakwa dia dihamili ‘roh jahat’.


Pengakuan remaja perempuan berkenaan mencetuskan kontroversi di media sosial Latino setelah memberitahu TV Malambo, sebuah media tempatan di Colombia, bahawa dia percaya dia telah dihamilkan oleh kuasa ghaib tanpa pernah melakukan hubungan intim dengan mana-mana lelaki.




Gambar hiasan




Remaja yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, dia sebelum ini mengalami mimpi aneh dan merasakan kehadiran benda ghaib di dalam biliknya sebelum terputus haid.


Bimbang melihat keadaan remaja itu, ibunya segera membawa anaknya berjumpa dengan pakar sakit puan bagi menjalani pemeriksaan lanjut. Dan ketika itulah gadis ‘suci’ itu memberitahu dia sedang hamil walaupun tidak pernah meniduri mana-mana lelaki.


Sedar pengakuannya itu agak sukar diterima dan dipercayai, tetapi dia sendri juga tidak memahami apatah lagi percaya yang dirinya boleh hamil tanpa melakukan hubungan intim.


Kisah remaja perempuan berkenaan mengundang pelbagai perspektif. Ada yang mendakwa bahawa gadis itu hanya sengaja mereka cerita supaya perbuatannya melakukan hubungan luar nikah tidak diketahui oleh ibu bapanya.


Di Colombia, remaja berusia antara 14 dan 19 tahun dikatakan lebih kerap hamil berbanding di kebanyakan negara lain di dunia.




Sumber: The Reporter
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je orang sewel.. takyah percaya la
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Check dna lah sis.

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 06:02 PM | Show all posts
hmm.. ni kalau tak gam, mesti ketum  
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Beribu tahun lepas bolehlah tipu orang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang tulis artikel ni pun bodoh. Kenapa tak tunggu sampai ada result check up confirm budak tu tak pernah bersenggama ke tidak. Org kat sana lagilah 2x5, bukannya hidup di zaman tak pandai pakai bra, cek kat hospital lah cek dara budak tu dah pernah ke tidak. Ni ntah sapa2 pun boleh buat cita dongeng sampai boleh buat bahan isu semasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2023 07:18 PM | Show all posts
Girl, I believe you.

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Siti Mariam dulu macam ni lah semua orang tak percaya....tapi ummah disuruh percaya oleh para pendeta.

Wajib percaya benda di luar kotak pemikiran manusia waras.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2023 11:34 PM | Show all posts
Baca tajuk aje terus terbayangkan di Indonesia,rupanya di tempat lain...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe menipu sebab takut dengan parents... Uols dahulu dating ada cakap dengan parents?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.038822 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list