Korea Utara menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap kanak-kanak berusia dua tahun kerana ibu bapanya didapati memiliki Al-Kitab (bible), kitab suci penganut Kristian. CBN melaporkan, di bawah pemerintahan Kim Jong Un, sesiapa yang memiliki Al-Kitab akan dikenakan hukuman mati manakala ahli keluarganya juga akan dipenjara seumur hidup.
Berdasarkan Kebebasan Beragama Antarabangsa, Jabatan Hal Ehwal Luar Amerika Syarikat (AS), hampir 50,000 ke 70,000 individu telah dijatuhi hukuman penjara hanya kerana mereka beragama Kristian. Menurut sumber, seorang wanita dan cucunya dibunuh kerana memeluk Kristian sekitar 2021 manakala 151 wanita Kristian yang ditahan memberitahu bahawa mereka telah diseksa seperti menjadi buruh paksa, mangsa keganasan seksual dan sebagainya. Difahamkan, tahanan juga tidak dibenarkan tidur dan digalakkan untuk membunuh diri.
Disebabkan Korea Utara tidak menerima agama Kristian, mereka sengaja menyebarkan propaganda kononnya penganut agama Kristian suka merogol, membunuh, mengambil organ manusia, minum darah dan menjadi pengintip. Sumber: OhBulan |
grouper replied at 9-6-2023 05:02 PM
Mcm mana diorg tau berita2 mcm ni kat Korea utara tu ekk....
noor2 replied at 9-6-2023 04:49 PM
X de yg agama Islam ke kat sana?
mawardia replied at 10-6-2023 08:26 AM
Jadi rakyat Korea Utara beragama apa?
dudaberhias replied at 10-6-2023 11:26 AM
takde agama kaka...atau agama propaganda yang theyols anggap kim jong un punya ayah tu tuhan gayto ...
mawardia replied at 10-6-2023 12:49 PM
Kan? Pelik lah penduduk NK ni. Hidup berlandaskan apa. Kepercayaan apa. Ketakutan terhadap ketua j ...
dudaberhias replied at 10-6-2023 01:28 PM
yang iols tahu pasal NK... saja nak share sikit citer...
theyols hidup dalam undang2 komunis...
mojarean_X replied at 10-6-2023 08:39 AM
Iols baca zaman Dinasti Yuan dan Ming sbnrnya dinasti Islam. X mustahil pengaruh islam pernah smpi ...
zjen replied at 10-6-2023 05:34 PM
Dinasti Yuan adalah perosak Islam, sejak bila sayang Islam, Empayar yg di tubuh org Mongalia, ...
ADVERTISEMENT