CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota RELA Umur 71 Tahun Lakukan Amang Seksual, Cuba Bunuh Budak 5 Tahun Dalam Semak

9-6-2023 04:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2742| Komen: 56

SEBERANG PERAI – Seorang Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengaku bersalah atas dua pertuduhan cubaan membunuh dan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, 26 Mei lalu.


Tertuduh, Ashaari Othman, 71, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Zulhazmi Abdullah di Mahkamah Sesyen Butterworth.


Foto: Kosmo

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan cubaan bunuh dengan niat menyebabkan kematian ke atas kanak-kanak itu dengan cara memukul menggunakan kayu bersaiz 49 sentimeter (cm) di kawasan semak bersebelahan sebuah bengkel baiki kereta yang tidak bernombor di Kampung Permatang Keriang, Penaga, di sini pada 26 Mei lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum hingga 10 tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa kira-kira pukul 5 petang sehingga 8 malam di Eco Park Pantai Robina pada hari sama.

Pendakwaan dibuat mengikut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan Zulhazmi menetapkan 6 Julai depan untuk sebutan kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Ashaari mengaku bersalah di hadapan Majistret Rosnee Mohd Radzuan atas pertuduhan menculik kanak-kanak itu kira-kira pukul 1 tengah hari di Taman Kuala Muda, Penaga pada 26 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 363 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Asma’ ‘Amira Shahidani dan ketika prosiding, beliau meminta tiada jaminan ditawarkan susulan bimbang tertuduh akan menimbulkan bahaya kepada kanak-kanak tersebut kerana mangsa merupakan jirannya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Julai depan untuk sebutan semula kes tersebut. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 9-6-2023 04:31 PM
lahanat jantan tua gila....nyawa budak kau nak cuba pertaruhkan
Quote noor2 9-6-2023 04:40 PM
Syaitannnn........
Quote alieyrina 9-6-2023 04:47 PM
Yarabbi jahatnya nak bunuh anak org. Babi punya rentua. patutla teruk budak tu cedera
Quote tikusmontok 9-6-2023 05:11 PM
Hanat punya tua kutuk dah bau tanah pun tak sedar diri, moga kena pijak2 dalam jail nanti.
Quote KamikuP 9-6-2023 05:18 PM
Jahatnya tua kutuk ni mmg hati iblis celaka sungguh harap kene belasah dlm lokap nnti.. !!PUIKK
Quote whimsicalmusic 9-6-2023 07:42 PM
kubur pn da panggil, boleh lak perangai mcm ni. speechless iolls
Quote Orenn1 9-6-2023 08:08 PM
Budak yg dinumlai patah gigi tu ke? kesiannya budak2 skrg terdedah dgn perangaiii jahatt manusia mcm2 huh
Quote allshares 9-6-2023 10:08 PM
Case budak yg dijumpai rahang patah tu ke? Tertanya2 jgk apa motif tua kutuk ni pukul sampai separuh mati. Rupanya pedo jijiksss terkutuk. Moga mampos dlm keadaan terhina&disiksa dlm neraka selamanya anu kena sula.
Quote syamzana 9-6-2023 10:14 PM
ya rabbi nak bunuh skali rupanya. ingatkan dia cubaan memedo tapi bdk tu berjaya melarikan diri terjatuh ke apa.
mmg celaka tua kutok tak sedar diri ni. moga lambat mati biar menderita sakit dok dlm jail tu.
Quote sukacactus 9-6-2023 10:16 PM
allshares replied at 9-6-2023 10:08 PM
Case budak yg dijumpai rahang patah tu ke? Tertanya2 jgk apa motif tua kutuk ni pukul sampai separuh ...

Kann...kesian budak tu kena amang seksual skali kena bantai
Nak dibunuh terus budak tu agaknya tp terbantut kot niat takut ada yg nampak masa tu
Sial betul la tua kutuk
Elok kena rogol je nnt kat dalam
Quote allshares 9-6-2023 10:46 PM
sukacactus replied at 9-6-2023 10:16 PM
Kann...kesian budak tu kena amang seksual skali kena bantai
Nak dibunuh terus budak tu agaknya tp  ...

Nk tutup mulut budak tu la sbb kenal dia
Quote Orangkaya99 9-6-2023 10:46 PM
org tua boddoo nk mapuh
Quote faraway1 9-6-2023 10:51 PM
Hukuman paling elok untuk hamjadah ni, anak bini cucu dia patut dikasi kebenaran rotan sampai mampus...

Biar keturunan dorang fobia sampai mampus untuk ikut jejak, selain orang tua nak mampus ni phobia nak terus hidup selepas tengok muka keluarga sendiri..
Quote shy79 9-6-2023 11:27 PM
setan punya org tua..
malu kalu aku jd anak2 dia
Quote Orenn1 10-6-2023 02:14 AM
Amang seksual tu mcm mana, ye soalan bodoh
Quote Orenn1 10-6-2023 02:16 AM
Macam mana budak blh terlepas ke tangan org ni, parents tak jaga betul2
Quote liyamariska 10-6-2023 02:25 AM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental....

apa masalah si tua ni jadi camni... kesian budak kecil jd mangsa si gila nih...
Quote Orenn1 10-6-2023 02:29 AM
liyamariska replied at 9-6-2023 06:25 PM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental....

apa masalah si tua ni jadi camni... kesian bud ...

Sunyi kut teringin nak mengesek tak tahu mana nak dihalq agaknya, mmg celaka sungguh
Quote sukacactus 10-6-2023 06:00 AM
Orenn1 replied at 10-6-2023 02:16 AM
Macam mana budak blh terlepas ke tangan org ni, parents tak jaga betul2

Tua kutuk ni jiran sblh rumah mangsa
Dapat peluang bawa lari budak tu masa dia keluar main

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.050723 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top