CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makan 2 Ulas Je Sebab Durian Boleh Menyebabkan Kegemukan

9-6-2023 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 728| Komen: 6

Selain membuat badan panas, makan durian berlebihan boleh menyebabkan kegemukan.

Justeru, pegawai perubatan menasihatkan untuk mengambil dua ulas kecil durian sahaja bagi setiap hidangan.



Gambar hiasan

Menurut perkongsian daripada pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan berkata, pengambilan durian secara berlebihan boleh menyebabkan obesiti dan gastrik.

“Antara mudarat, jika durian diambil secara berlebihan, akan menyebabkan kegemukan.

“Kandungan kalori yang tinggi pada durian, boleh menyebabkan kegemukkan,” katanya

Menurutnya, durian juga boleh menyebabkan gastrik sekiranya diambil secara berlebihan.

“Durian akan membebaskan gas dan alkohol semasa dihadam dan menyebabkan perut kurang selesa dan keradangan perut,” kongsinya.

Bukan itu sahaja, menurut beliau, durian juga akan menyebabkan badan menjadi panas.


“Tindak balas kimia dan proses metabolisma semasa proses penghadaman membuatkan badan jadi panas dan tidak selesa,” katanya.


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 9-6-2023 05:46 PM
"...jika durian diambil secara berlebihan, akan menyebabkan kegemukan."

Makanan apa yang tidak menyebabkan kegemukan bila makan banyak?
Quote PULANGKAN 9-6-2023 06:39 PM
a'ah, dua ulas satu round  

Iols masa muda, 3-5 biji durian satu round

alhamdulillah, nasib baik tak mati atau kencing manis  

dah tua ni. tak lalu langsung. dah muak
Quote antikorok 9-6-2023 07:25 PM
Semoga dengan berita obes kegunduan yinni menyebabkan acik2 boikot terosss doyan rega kayangan ittew sambil rega turun ke paras terendha dalam sejarah kerna doyan ittew tak laku sambil membusok lalu dicampak ke lobang pelupusan di jurang Mariana saja ha gaytohhh
Quote krustykrab 9-6-2023 07:30 PM
No wonder la sampai skrg kurus je aku, sb x mkn durian
Quote asfaz 9-6-2023 07:43 PM
Sabtu lepas pergi rumah ipar ai. Bapak mentua bawak durian. Diet tolak tepi. 10 ulas ai makan tu pun sebab dah hbs
Padan muka kilo naik balik. hahahhaa
Quote ninja boy 9-6-2023 10:12 PM
Musim durian lahap lah apsal kontrol2 takut gemuk lah angin lah, lainlah kalau dah diabetes sakit2 makan durian x boleh

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.033479 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top