Oleh Adib Za
Pernahkah anda berasa rendah diri, malu dan tiada keyakinan apabila berhadapan dengan orang lain? Kisah wanita ini sebenarnya jika dilihat dari satu sudut, sangat meruntun jiwa. Namun, dalam masa yang sama, memberi inspirasi dan semangat. Bayangkan, dia tidak memiliki seurat rambut pun sejak dari umur 2 tahun! Pendek kata, dia botak sejak kecil sehinggalah dewasa! Untuk mengatasi masalah itu, dia sanggup membeli berpasang-pasang rambut palsu demi meningkatkan keyakinan ketika berada di kalangan kawan-kawan. Gambar hiasan. (Youtube)
Namun, ketakutannya tidak pernah padam, wanita ini sentiasakan terfikirkan bagaimana suatu hari, semua rakan-rakannya tahu yang dia sebenarnya botak! Ya, pasti memalukan, bukan? Memakai rambut palsu adalah perkara utama dan pertama yang dilakukannya. Bertahun-tahun memendam ketakutan, masalah yang ditanggung tidak pernah pudar, malah semakin berat. Sampai bila yang dia ingin malu dengan dirinya dan penampilannya yang botak itu? Ketika dia memiliki anak yang pertama, dia mula terfikir,apa yang dilaluinya selama ini tidak okay. Dia berasa tidak okay dengan dirinya. Dan dia tidak mahu berterusan begini. Akhirnya, dengan segala kekuatan, wanita ini memberanikan diri untuk menerima kekurangan yang ada pada dirinya. 'Self acceptance' itu adalah perkara yang tersukar sekali dilakukan, namun dengan adanya cahaya mata sebagai pendorong, di mampu melakukannya. "Saya tahu saya tidak okay tentang diri saya. Dan saya perlu jadi okay di hadapan anak saya," itu merupakan titik permulaan dia mula menerima dirinya sendiri. Gambar hiasan. (Sumber foto: Afags) Kini, tanpa bersembunyi lagi, wanita ini membebaskan dirinya dengan penampilan yang 'botak' tanpa peduli rasa malu dan takut lagi. Tidak perlu lagi bersembunyi dengan rambut palsu yang pastinya hanyalah palsu. Buat anda semua, adakah anda mampu menerima kekurangan yang ada pada diri anda? Tepuk dada, tanya selera. - CARI Infonet |
6
Bagus |
6
Marah |
5
Terkejut |
10
Sedih |
7
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT