Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) mahu kerajaan menyenarai hitam dan menyekat pelawak, Jocelyn Chia daripada memasuki Malaysia berikutan tindakannya memperlekehkan Malaysia dalam persembahan komedi berdiri di Manhattan, New York, Amerika Syarikat (AS).
Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, berkata tindakan Chia mempersendakan Malaysia dalam persembahan lawaknya dianggap sangat keterlaluan dan menjengkelkan. "Kita faham dia hanya ingin berlawak, sindir menyindir dalam lawak berdiri adalah satu perkara biasa. "Saya tahu pelawak kita ada kalanya melakukan perkara serupa, iaitu menyindir negara jiran Singapura. Namun, mereka masih berhemah dan tidak keterlaluan. "Berbeza dengan tindakan pelawak itu yang pada pandangan SENIMAN, sesuatu yang menjijikkan dan kurang ajar. "Kita tahu dia buat lawak, tetapi lawaknya sangat tidak kena dan kurang ajar," katanya kepada BH Online.
Terdahulu, Chia yang dipercayai kelahiran Singapura, bertindak keterlaluan memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komedi berdiri 'Singapore vs Malaysia' dipercayai diadakan di Manhattan, New York, AS, baru-baru ini. Menerusi klip video dimuat naik dalam akaun TikTok, Chia turut membandingkan Malaysia yang hanya bertaraf negara membangun, berbanding Singapura yang lebih maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu. Sepanjang rakaman video berdurasi satu minit 29 saat itu, pengisian bahan lawak dipersembahkan Chia berbaur kata-kata menghina dan memek muka memperlekehkan Malaysia. Ini termasuk jenaka keterlaluan yang menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan 'tidak mendarat'. Zed menyelar tindakan Chia yang dianggap tidak sensitif apabila mempersendakan kehilangan pesawat MH370. "Kehilangan pesawat MH370 cukup tragis, bukan sahaja kepada mangsa dan keluarga, malah, negara kita. "Bayangkan jika mangsa yang hilang adalah ahli keluarganya? Adakah dia masih tergamak ingin berbuat lawak mengenai perkara itu? "Apakah dia tidak terfikir mengenai perasaan ahli keluarga mangsa sehingga bersikap tidak sensitif apabila membangkitkan isu itu dalam persembahannya?" katanya. -CARI Sumber: Berita Harian
|
Thunderclouds replied at 9-6-2023 12:20 PM
JC ni pon xheran lar kalo nk sekat dia mai sini.
Kalo x buat apa dia siap buang citizenship spore dh ...
dudaberhias replied at 9-6-2023 12:24 PM
khen kaka...
move on je lah... bukan boleh buat apa pun...
nak attack sosmed sheols pun dah tak bo ...
ADVERTISEMENT