CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 906|Reply: 8

"Sekat, Blacklist Jocelyn Chia Daripada Masuk Malaysia!" -Zed Zaidi

[Copy link]
Post time 9-6-2023 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) mahu kerajaan menyenarai hitam dan menyekat pelawak, Jocelyn Chia daripada memasuki  Malaysia berikutan tindakannya memperlekehkan Malaysia dalam persembahan komedi berdiri di Manhattan, New York, Amerika Syarikat (AS).


Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, berkata tindakan Chia mempersendakan Malaysia dalam persembahan lawaknya dianggap sangat keterlaluan dan menjengkelkan.


Foto: Harian Metro




"Kita faham dia hanya ingin berlawak, sindir menyindir dalam lawak berdiri adalah satu perkara biasa.


"Saya tahu pelawak kita ada kalanya melakukan perkara serupa, iaitu menyindir negara jiran Singapura. Namun, mereka masih berhemah dan tidak keterlaluan.


"Berbeza dengan tindakan pelawak itu yang pada pandangan SENIMAN, sesuatu yang menjijikkan dan kurang ajar.


"Kita tahu dia buat lawak, tetapi lawaknya sangat tidak kena dan kurang ajar," katanya kepada BH Online.







Terdahulu, Chia yang dipercayai kelahiran Singapura, bertindak keterlaluan memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komedi berdiri 'Singapore vs Malaysia' dipercayai diadakan di Manhattan, New York, AS, baru-baru ini.


Menerusi klip video dimuat naik dalam akaun TikTok, Chia turut membandingkan Malaysia yang hanya bertaraf negara membangun, berbanding Singapura yang lebih maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.


Sepanjang rakaman video berdurasi satu minit 29 saat itu, pengisian bahan lawak dipersembahkan Chia berbaur kata-kata menghina dan memek muka memperlekehkan Malaysia.


Ini termasuk jenaka keterlaluan yang menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan 'tidak mendarat'.


Zed menyelar tindakan Chia yang dianggap tidak sensitif apabila mempersendakan kehilangan pesawat MH370.


"Kehilangan pesawat MH370 cukup tragis, bukan sahaja kepada mangsa dan keluarga, malah, negara kita.


"Bayangkan jika mangsa yang hilang adalah ahli keluarganya? Adakah dia masih tergamak ingin berbuat lawak mengenai perkara itu?


"Apakah dia tidak terfikir mengenai perasaan ahli keluarga mangsa sehingga bersikap tidak sensitif apabila membangkitkan isu itu dalam persembahannya?" katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2023 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
JC ni pon xheran lar kalo nk sekat dia mai sini.
Kalo x buat apa dia siap buang citizenship spore dh pindah dok us sana.
Move on la dr kesah ppuan ni.

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 12:21 PM | Show all posts
setakat malaysia yang sekadar developing country katanya memang la dia tak heran kena sekat pun... SG tu pun nak ambik tindakan tapi tak boleh sebab dia dah jadi citizen US...

yang pasti semua social media sheols dah terkambuih...

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 12:24 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 9-6-2023 12:20 PM
JC ni pon xheran lar kalo nk sekat dia mai sini.
Kalo x buat apa dia siap buang citizenship spore dh ...

khen kaka...
move on je lah... bukan boleh buat apa pun...
nak attack sosmed sheols pun dah tak boleh sebab semua dah terkambuih kena report dan dia sendiri deactivate...

lagipun seko tu jer yang buat lawak pasal negara orang...
lawak sheols tu setaraf cikki yang pakai tudung tutup litup lepastu buka dan telanjang...
berlaku kat bar stand up comedian kat malaysia ni tahun lepas kot...

tak lawak langsung lawak theyols... bersara je lah jadi pelawak dan keje kat 7E...


Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 9-6-2023 12:24 PM
khen kaka...
move on je lah... bukan boleh buat apa pun...
nak attack sosmed sheols pun dah tak bo ...

Sbb xleh buat apa la iols komen gituh.
Everyone nk riding on the issue dh 2-3 hari.
Repot kt pdrm pon depa leh wat apa ja.
Bukan ummah msia.
Nk cancel dia bukan femes.
Toksah bg attention dh kt ahsoo neh.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by per706 at 9-6-2023 12:38 PM

Kening x bley ajak bincang,nk buat comedy sgt,tgok cermin,tgok kening ko dlu.

Hahhhh! Tu baru comedy. Cukur kasi abes je la.dok ade situ pon  mcam ( ) melintang je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2023 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyo x habis lagi pasal ahso bitter ni. Halahh biau je dia masuk ibu pertiwi bukan harmless pon. Gitu mak move on dari rasa annoying terhadap ahso yg mak percaya sheolls nak terdesak nak femes seantero dunya
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 ahso dendam kesumat dengan lengchai Malaysia suatu masa dulu zaman cintan cintun, terbawa bawa sampai la.. tu yg meroyan. Gittew mak sepeku rambang kat ahso
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2023 02:58 PM | Show all posts
stop all d spotlight towards this imbecile...
tu jah...

tapi kalau dia buat lawak pasal 9/11 mesti tak cukup tanah nak lari...auto deported ke ape? berani sggh ko nak melawak pun...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.042673 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list