|
Biarpun sudah naik pesawat, Baim Wong dilaporkan membatalkan perancangan untuk menunaikan ibadah haji bersama isteri dan anak-anak. Lapor Detikhot, pelakon itu sepatutnya ke Tanah Suci Makkah, namun terpaksa turun daripada kapal terbang selepas timbul beberapa masalah.
"Saya pada awalnya terfikir adakah saya kena prank tapi rupanya belum masa saya ke Makkah. Saya sudah naik kapal terbang," katanya. Jelas Baim, isu dia terpaksa membatalkan ke Tanah Suci bukan disebabkan masalah daripada pihak agensi haji dan umrah sebaliknya menanggap bukan rezeki ke sana. Baim sebaliknya akan menjelaskan situasi sebenar yang menyebabkan pembatalan penerbangannya dalam satu sidang media. Sebelum ini, media melaporkan Baim dilaporkan berangkat ke Makkah pada 7 Jun malah sudah mengadakan majlis kesyukuran. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.414452 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.