CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Yura Yunita Dikutuk Terlalu Yakin Tayang Ketiak Hitam

7-6-2023 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1083| Komen: 6

Description: Gara-gara memperlihatkan bahagian ketiaknya menerusi sebuah video tarian yang dikemas kini di Instagram, Yura Yunita dibanjiri kutukan netizen.Padahal kata penyany itu, tujuan video tersebut dikongsi ...
Gara-gara memperlihatkan bahagian ketiaknya menerusi sebuah video tarian yang dikemas kini di Instagram, Yura Yunita dibanjiri kutukan netizen.

Padahal kata penyany itu, tujuan video tersebut dikongsi adalah sebahagian daripada latihan tarian untuk persembahan Pertunjukan Tutur Batin.



IG

Sayangnya, seorang netizen telah meninggalkan komen berbunyi: “Macam mana boleh yakin diri tayang ketiak tak cantik?”

Ada yang mengatakan ketiak penyanyi Tutur Batin itu berwarna hitam.

Yura yang mengaku pada mulanya berasa sedih menerima sindiran tersebut menjelaskan sebagai manusia dia merayakan ketidaksempurnaan diri.

“Jujurnya saya sempat sedih dan rasa down kerana saya buat video latihan tarian, angkat-angkat tangan tapi yang didapatkan adalah soal ketiak tidak cantik.

“Ada masalah ke jika ia tidak cantik? Saya memilih merayakannya dan yang penting adalah bagaimana kita menjaga atau merawatnya,” ujar Yura seperti dilaporkan Detik.com.




Selain ketiak, Yura mengaku mempunyai banyak ketidaksempurnaan lain pada beberapa bahagian badannya.

Ini termasuklah mempunyai perut berlipat dan jerawat yang keluar setiap bulan.



“Dan sekali lagi saya memang tidak sempurna tetapi ini semua proses untuk saya menjadi versi yang terbaik buat diri sendiri,” katanya lagi.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 7-6-2023 06:32 PM
Cantiklah dari ketiak kakpam
Quote hokeypokey 7-6-2023 07:32 PM
tak hitam pon, tipuuuuuu
Quote orkidorkido 7-6-2023 09:22 PM
Depa fetish ketiak
Quote Sazreena 8-6-2023 09:16 AM
Ketiak po po po..ketiak po po po..hancing tawaq..
Quote Suchi 13-6-2023 08:51 AM
Dia cuma manusia normal,tak semua org ada ketiak mulus putih mcm kulit muka
Quote marchikobonzo 13-6-2023 04:45 PM
Boleh buat laser nok..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.051437 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top