Belum reda kemarahan rakyat Malaysia terhadap jenaka sensitif pelawak wanita kelahiran Singapura, Jocelyn Chia, 'tentera bawang' memuat naik gambar yang memperlihatkan aksi jelik rakyat negara republik itu ketika berkunjung ke Malaysia.
Antaranya, aksi pemandu kereta bernombor pendaftaran Singapura yang selamba mengisi petrol RON95 ketika masuk ke negara ini. Sekeping gambar yang turut dimuat naik bersama perkongsian itu memperlihatkan seorang pemandu lelaki sedang mengisi minyak kuning (RON95) untuk keretanya yang bernombor pendaftaran Singapura. Menurut individu yang membuat perkongsian berkenaan, gambar itu dikatakan dirakam di sebuah stesen minyak di Shah Alam, Selangor.
Namun, ia tidak menyatakan butiran lanjut seperti tarikh dan masa gambar kejadian itu dirakam. Untuk makluman, harga petrol di Malaysia adalah lebih rendah berbanding di Singapura kerana inisiatif kerajaan negara ini yang memberi subsidi kepada rakyat tempatan. Selain daripada perkongsian gambar terbaharu itu, netizen turut 'menggali' dan memuat naik gambar lama memaparkan aksi rakyat republik itu di stesen minyak. Apa yang melucukan, ada di antara pemandu yang menggunakan 'jack' serta batu bagi menyengetkan kereta ketika mengisi petrol. Susulan itu, rata-rata warga maya mendesak agar kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pemandu dengan nombor pendaftaran asing agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan subsidi petrol yang diperuntukkan untuk rakyat tempatan. Terdahulu, Jocelyn dikecam hebat kerana bertindak menghina Malaysia menerusi lawak jenaka yang dipersembahkan dalam sebuah program komediri (stand-up comedy) pada Selasa. Menerusi satu video berdurasi 1.29 saat yang tular di media sosial, pelawak itu beberapa kali dilihat sengaja mempersenda Malaysia dalam sketsa komedinya. Wanita terbabit membangkitkan isu perkauman serta membandingkan kemajuan antara Malaysia dan negaranya dengan melabel negara ini sebagai negara yang sedang membangun. Selain itu, Jocelyn turut menyentuh isu kontroversi berkaitan tragedi kehilangan pesawat milik Malaysia, MH370, dalam komedi yang dipersembahkan. Walaupun Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon memohon maaf kepada negara ini, amarah rakyat masih membara. Sumber: mStar
|
Firenzza replied at 9-6-2023 10:24 AM
Dah gomen yg suh diorg dtg ramai2 sbb turunkan nilai RM apalagi.....apek/ahso spore dok bwh kolong p ...
Tinot7 replied at 9-6-2023 11:42 AM
Minah jocelyn chia ni dah takde kat singapura.. tapi dok ngaku loyer singapura lagi.. mmg dia wat de ...
Nurul8001 replied at 9-6-2023 12:40 PM
Nak nampak lawa, mata kena bulat,hidung mancung, mcm features Indian tapi, kulit cerah mcm Chinese ...
ADVERTISEMENT