Dah jadi macam trend pula apabila artis legenda tanah air dikecam dan dipermainkan oleh netizen biarpun kesalahan yang dilakukan amat kecil. Ia menimbulkan kekesalan kepada penyanyi kumpulan Teacher's Pet, Maman, 53, yang terkilan dengan situasi yang semakin menjadi-jadi itu.
"Sangat ketara sekarang. Satu budaya yang dibawa generasi muda adalah hilang rasa hormat. Saya sebenarnya agak bimbang dengan nasib 'rockstar'. "Apa salah mereka? Kita tidak boleh mengutuk sembarangan. Artis juga manusia. "Ada artis sampai tidak boleh melihat telefon kerana kecaman yang dilemparkan oleh netizen," katanya kepada Harian Metri. Penyanyi yang popular dengan lagu Warisan Wanita Terakhir dan Seringkali ini berkata, dia berharap peminat dapat menghargai penyanyi dan pemuzik legenda tanah air yang pernah memberikan sumbangan besar dalam industri muzik.
"Kasihan kepada 'rockstar' seperti Amy Search dan Man Kidal kerana mereka adalah kebanggaan buat negara. Tanpa mereka, saya rasa anak-anak kita tidak mengenali pun muzik Malaysia. "Mereka sudah memberi banyak kepada industri muzik. Di mana kedudukan mereka di mata peminat sekarang? Beginikah caranya kita membalas jasa mereka? "Saya harap kita dapat galakkan kepada orang ramai untuk menghormati artis yang pernah kita hargai dulu," katanya. Bercerita mengenai album Aku, Maman berkata, ia adalah buah tangan terbarunya yang menampilkan kelainan dari segi konsep lagu dan imejnya selepas 20 tahun menyepi dari dunia seni tempatan. Ia memuatkan tujuh lagu antaranya Lafazkan, Rahsia, Kejauhan, Warisan Wanita Terakhir, Ibu, Anak dan Belaian Rindu yang dipersembahkan dan mungkin memberi jawapan kepada misteri kehilangannya. Maman menyifatkan penghasilan dan kemunculan album ini sesuatu yang bernilai selepas dia mengalami rasa kehilangan dan kemurungan seperti dunia sudah berakhir. Dia yang berkahwin dengan Faizah Mohamed Amin dari Malaysia pernah berdepan pengalaman pahit. "Tapi Allah gantikan dengan yang baru. Apa yang Allah ambil dari kita agak berat. Tapi Allah gantikan dengan yang lebih baik. Kita kena percaya dengan kerja Allah," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Burong_Hantuk replied at 8-6-2023 02:13 PM
kepam berkerak btl pakcik nih
ADVERTISEMENT