Anne Ngasri ninta tunjuk ajar kakaknya, Darling dalam menerbitkan filem sulungnya berjudul Jemputan Ke Neraka. Kata Anne, Darling juga merupakan mentor terbaik dalam memberikan tunjuk ajar selain wanita itu cukup memahami kehendaknya.
"Jika tanpa Darling rasanya sukar juga untuk saya menerbitkan filem kerana jadual kerja yang agak padat. Darling sememangnya seorang mentor saya dalam bidang penerbitan sebab itu dia menjadi penerbit penyelaras. "Bukanlah tidak yakin dengan orang lain, tetapi kerana ini filem sulung produksi saya, jadi kalau boleh saya mahu semuanya mengikut kehendak dan piawaian yang ditetapkan. Darling sudah berpengalaman dan juga kakak saya, jadi dia tahu apa yang saya inginkan. "Memang saya mengaku sebagai penerbit baru saya mendapat banyak bimbingan dan tunjuk ajar daripada Darling sebab dia lebih berpengalaman dalam bidang penerbitan," katanya kepada mStar.
|
miss_perfect replied at 7-6-2023 01:11 PM
Kenapa suami dia nampak lebih tua daripada bapak dia...
dudaberhias replied at 7-6-2023 02:07 PM
cepat2 iols scroll atas nak belek2 balik...
a'ah betul lah... kalau ada gambar satu frame...
miss_perfect replied at 7-6-2023 02:25 PM
I Googled kan... Anne ni lahir 1984, ayah dia lahir 1950 so beza dia dengan ayah dia 34 tahun. Bez ...
ezacbee replied at 7-6-2023 02:44 PM
Laki tua pun anne tetap nampak muda.
Xcam tok ti.. nampak kertu dah.
ADVERTISEMENT