Baru-baru ini, tular video di Facebook memperlihatkan seorang lelaki berlagak samseng terhadap seorang pemandu perempuan yang didakwanya memandu secara berbahaya. Menerusi video tular itu, kelihatan lelaki berbaju merah berkenaan mengetuk cermin kenderaan pemandu tersebut dengan wajah bengis sebelum menghambur kata-kata kesat dengan lagak tak ubah seperti samseng jalanan.
"Bawa elok-elok sikit... kau main nyawa orang, b**i. Kalau aku sepak (tampar) kau, dengan orang sebelah kau pun aku sepak,” katanya, garang. Biarpun cuba dijelaskan secara baik oleh pemandu wanita berkenaan bahawa dia tidak bersalah kerana memotong di garisan putus-putus, lelaki tersebut tetap berkeras dan menyalahkannya.
FB Tidak sekadar menghamburkan kemarahan dengan disusuli perkataan kesat, lelaki itu juga dilihat menunjal kepala pemandu tersebut sebanyak dua kali sebelum berlalu pergi. Video itu dipercayai dirakam penumpang yang duduk di sebelah pemandu wanita tersebut sebelum dimuat naik di Facebook. Menerusi hantaran yang dikongsikan pemandu wanita berkenaan di laman sosial, kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Tapah-Cameron Highlands. Sementara itu, seorang pengguna Facebook dipercayai abang kepada pemandu wanita tersebut juga meminta bantuan orang ramai yang mengenali lelaki berbaju merah itu untuk tampil menyalurkan maklumat kepadanya. Malah mereka turut membuat pautan kepada media sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar segera mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan. Sumber: mStar
|
noor2 replied at 6-6-2023 07:48 PM
Budak dua ekor ni x ingat ke no plat kereta org tu...
asfaz replied at 6-6-2023 07:51 PM
Silap brother ni tunjal kepala . Kalau tak mesti pompuan myvi ni kena maki kan.
asfaz replied at 6-6-2023 07:51 PM
Silap brother ni tunjal kepala . Kalau tak mesti pompuan myvi ni kena maki kan.
asfaz replied at 6-6-2023 07:51 PM
Silap brother ni tunjal kepala . Kalau tak mesti pompuan myvi ni kena maki kan.
blue_blur replied at 6-6-2023 08:01 PM
terima kasih la abam tu korbankan diri nak nunjal driver hanat ni... kalau boleh starlight aja... ...
tumpanglalu74 replied at 6-6-2023 08:04 PM
Tukang komen tu entah sape2 korang nak caye.. Aku pecaye video. Cakap2 tarak bukti sume boley ma ...
ADVERTISEMENT