Ramai mengkritik penampilan pengacara Hawa Rizwana yang memakai baju berwarna merah jambu ketika mengacarakan program MeleTOP pada minggu lalu. Selain beranggapan pakaian tersebut tidak sesuai, pengacara berusia 27 tahun itu disifatkan netizen sebagai mangsa fesyen.
Netizen turut menasihati pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan untuk lebih berhati-hati ketika memilih pakaian memandangkan dirinya seorang ‘public figure.’ Bagaimanapun Hawa ketika dihubungi Gempak mengakui dia masih dalam proses belajar dalam industri seni termasuklah dari segi fesyen. “Saya masih lagi dalam proses belajar dalam industri dari banyak aspek termasuklah dari segi berfesyen ni,” kata Hawa kepada Gempak. Sebelum ini, Hawa pernah dikritik gara-gara mengenakan seluar hitam kulit ketat yang dipadankan dengan baju-T berwarna gelap beserta jaket.
Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT