View: 711|Reply: 2
|
Ini Jawapan Hawa Rizwana Bila Digelar Mangsa Fesyen
[Copy link]
|
|
Ramai mengkritik penampilan pengacara Hawa Rizwana yang memakai baju berwarna merah jambu ketika mengacarakan program MeleTOP pada minggu lalu.
Selain beranggapan pakaian tersebut tidak sesuai, pengacara berusia 27 tahun itu disifatkan netizen sebagai mangsa fesyen.
IG
Netizen turut menasihati pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan untuk lebih berhati-hati ketika memilih pakaian memandangkan dirinya seorang ‘public figure.’
Bagaimanapun Hawa ketika dihubungi Gempak mengakui dia masih dalam proses belajar dalam industri seni termasuklah dari segi fesyen.
“Saya masih lagi dalam proses belajar dalam industri dari banyak aspek termasuklah dari segi berfesyen ni,” kata Hawa kepada Gempak.
Sebelum ini, Hawa pernah dikritik gara-gara mengenakan seluar hitam kulit ketat yang dipadankan dengan baju-T berwarna gelap beserta jaket.
Sumber: Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
mangsa fesyen apooooo sah2 sendiri rela nak pakai gitu serhoperrr jahlop yang jual innai kambuihhh belakang umah tu...
jah dulu pun pakai baju suit ala2 good bu dragon ball tu... siap fefeeling malu dalam seronok sheols dapat viral pakai baju macam penari sarkas katik yang kena humban2 macam kera bergayut atas pokok tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Alasan x munasabah, sblum ni pun dah prnh kena isu sme. Then kata pasni nk hati2. Eh ni ada balik. Mmg gila glamor pun |
|
|
|
|
|
|
| |
|