Dah enam bulan menanti bayaran tertunggak sebanyak RM6,000 yang masih belum dilunaskan, Nadya Syahera membuat laporan polis terhadap penganjur sebuah acara. Dia mengambil tindakan itu selepas pihak penganjur tidak memberi sebarang maklum balas apabila dia bertanya mengenai bayaran berkenaan.
"Acara itu sudah lama selesai dan mereka masih belum menyelesaikan baki bayaran untuk penglibatan saya sebagai pengacara di salah sebuah lokasi. "Sebelum ini saya tak buat laporan polis agar mereka dapat beri penjelasan dan menjelaskan baki bayaran namun semuanya sia-sia dan rasanya tindakan perlu diambil," katanya kepada mStar. Nadya atau lebih mesra dengan sapaan Kak Bed sebelum itu berkongsi foto dia hadir di Balai Polis Sri Muda, Alam bagi membuat laporan. Dalam pada itu, Nadya berkata, pihak penganjur turut mendakwa ditipu oleh pihak lain sehingga menyebabkan mereka tidak mempunyai dana mencukupi bagi menjelaskan bayaran tersebut.
|
dudaberhias replied at 6-6-2023 02:52 PM
penganjurnya si datok belon gampunk tu ke? (yang kemudiannya dia kata jangan kaitkan dia)
yang kono ...
ADVERTISEMENT