View: 1336|Reply: 5
|
"Sumpah Penat!" Dah Enam Bulan Tugggu Bayaran Tertunggak RM6000, Nadya Syahera Buat Laporan Polis
[Copy link]
|
|
Dah enam bulan menanti bayaran tertunggak sebanyak RM6,000 yang masih belum dilunaskan, Nadya Syahera membuat laporan polis terhadap penganjur sebuah acara.
Dia mengambil tindakan itu selepas pihak penganjur tidak memberi sebarang maklum balas apabila dia bertanya mengenai bayaran berkenaan.
Foto: IG
"Acara itu sudah lama selesai dan mereka masih belum menyelesaikan baki bayaran untuk penglibatan saya sebagai pengacara di salah sebuah lokasi.
"Sebelum ini saya tak buat laporan polis agar mereka dapat beri penjelasan dan menjelaskan baki bayaran namun semuanya sia-sia dan rasanya tindakan perlu diambil," katanya kepada mStar.
Nadya atau lebih mesra dengan sapaan Kak Bed sebelum itu berkongsi foto dia hadir di Balai Polis Sri Muda, Alam bagi membuat laporan.
Dalam pada itu, Nadya berkata, pihak penganjur turut mendakwa ditipu oleh pihak lain sehingga menyebabkan mereka tidak mempunyai dana mencukupi bagi menjelaskan bayaran tersebut.
"Mereka kata kena scam dan tak boleh nak bayar saya. Tapi bagaimana pula dengan saya? Kerja sudah selesai dan mereka sepatutnya membuat bayaran penuh.
"Apabila saya cuba berkeras mereka kata terlalu mendesak. Mereka juga seolah-olah marah disebabkan saya mahu menuntut bayaran.
"Saya geram sebab sepanjang lebih enam bulan ini pelbagai alasan yang diberikan," ujarnya.
Sementara itu, Nadya juga tidak keberatan untuk mengambil tindakan saman di mahkamah sekiranya pihak terbabit masih lagi berdiam diri.
Baginya, dia berani bersuara kerana perkara ini sering berlaku dalam kalangan artis sehingga ada pihak yang mengambil mudah tentang isu pembayaran.
"erkara begini dah banyak kali berlaku. Bukanlah sebab nilai duit itu saya buat laporan, tetapi lebih kepada berani untuk bersuara.
"Jika mereka masih berdiam saya akan bawa laporan yang telah dibuat untuk tindakan sivil," jelasnya. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
acara apa? penganjur mana?
maafla...dia pun i tak kenal |
|
|
|
|
|
|
|
penganjurnya si datok belon gampunk tu ke? (yang kemudiannya dia kata jangan kaitkan dia)
yang konon2 nak bunuh diri panjat jambatan tapi kaki pendek... elok sape2 yang drive lalu lalang tu angkatkan dan humban jah gemuk tu dalam sungai tu...
kalau kaka pun kaka sanggup di pijak jadi tangga untuk heols lompat...
|
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 6-6-2023 02:52 PM
penganjurnya si datok belon gampunk tu ke? (yang kemudiannya dia kata jangan kaitkan dia)
yang kono ...
Kejamnya kakadud |
|
|
|
|
|
|
|
6 ribu je pon halalkan sudahhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|