Personaliti media sosial, Kasih Iris Leona sering kali menjadi perhatian kerana penampilannya yang dikatakan 'tidak cukup kain'. Baru-baru ini, Leona sekali lagi menjadi bahan kritikan umum apabila hanya memakai bikini putih ketika dia bersama rakan-rakan bersantai di taman rekreasi air terjun di Warleigh Weir, United Kingdom.
Selepas memadamkan perkongsian tersebut, Leona sekali lagi menarik perhatian netizen apabila tampil menggayakan gaun rona ungu yang mendedahkan sebahagian besar dadanya. Beberapa hari menjadi mangsa kecaman, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu tampil menegaskan setiap pakaian yang digayakan adalah atas pilihannya sendiri dan tiada kena mengena dengan orang ramai. Gadis berusia 21 tahun itu menerusi Twitter juga mengatakan dia sama sekali tidak kisah dengan pandangan umum dan tidak perlulah mereka meninggalkan komen berkaitan dirinya.
"Apa yang saya pakai tidak ada kena mengena dengan orang lain. Ini pilihan dan hal saya, tiada kena mengena dengan anda. "Sekiranya anda tidak suka melihat apa yang saya lakukan, jangan lihat. Block saja saya," katanya. Leona turut meminta orang ramai untuk tidak lagi bercakap mengenai pemakaiannya dan memberikan fokus kepada hal yang lebih penting. "Tolong berhenti ambil tahu tentang pakaian saya. Banyak lagi hal yang lebih penting untuk anda fokus. "Saya tidak peduli dengan pendapat anda tentang tubuh badan saya, jadi berhenti meninggalkan komen-komen yang tidak penting," ujarnya. Dalam perkongsian lain, Leona turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia berhibur di kelab malam. Kata Leona, dia tidak memuat naik video di kelab malam, sebaliknya hanya menghadiri acara anjuran pihak universiti. "Tolong jangan sebarkan berita palsu. Saya tidak memuat naik video di kelab malam. "Saya hanya menghadiri acara Summer Ball di universiti saya," katanya. Sumber: mStar, Twitter Kasih Iris Leona |
albedah replied at 5-6-2023 10:28 PM
Badannya tak macam badan anak dara..
mawardia replied at 6-6-2023 12:28 AM
Drpd tweet dia tu I ols dah tau apa she ols bengang - she's upset with what people talk about her BO ...
matjerk replied at 5-6-2023 10:50 PM
Cuma nak cakap... kesian awak, muda2 lagi badan dan boyak... jaga la badan sikit... baru cantik nak ...
dudaberhias replied at 5-6-2023 10:06 PM
hmmm tak boleh nak komen apa... sebab memang betul pun apa yang dia pakai tu takde kena mengena deng ...
ADVERTISEMENT