Tangkak: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun berjaya ditahan kira-kira 4 petang semalam susulan laporan dibuat seorang wanita di Balai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak Isnin lalu. di Taman Seri Nilam, di sini, semalam.
Remaja perempuan itu dikatakan memeras ugut menyebarkan gambar tidak senonoh wanita berkenaan sehingga menyebabkan kerugian RM27,000. Pemangku Ketua Polis Daerah Tangkak Deputi Superintendan Idris Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati suspek menggunakan laman Facebook (FB) milik individu lain atas nama 'Rayyan Razak' untuk mengugut menularkan gambar tidak senonoh wanita berusia 20 tahun itu jika gagal menyerahkan sejumlah wang. "Kejadian berlaku selepas mangsa mengenali suspek melalui Instagram bermula 28 Januari lalu. "Sejak itu, wanita itu menyerahkan RM27,000 kepada suspek melalui 32 transaksi dan tiga akaun berlainan selepas suspek terus mengugutnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, ugutan terakhir dilakukan suspek pada 11.20 malam Rabu lalu apabila suspek meminta wang RM600 lagi menyebabkan mangsa nekad memberitahu ibunya berhubung perkara itu sebelum membuat laporan polis. "Siasatan mendapati mangsa tidak pernah bertemu secara bersemuka dengan suspek. "Ketika tangkapan, polis merampas pelbagai barangan termasuk sebuah telefon berjenama Oppo berserta kad sim, sekeping kad bank dan wang tunai berjumlah RM152 daripada suspek," katanya. Katanya, suspek direman tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. Sumber: Harian Metro
|
_blackbird replied at 3-6-2023 06:55 PM
aku pernah ada org email tulis ada gambar half nude aku, ugut minta duit kalau tak bg duit dia nak s ...
otai_g replied at 3-6-2023 06:47 PM
Mcm mn blh dpt pic bogel tersebut? Iols speku tuan badan yg sendiri rela bagi
syamzana replied at 3-6-2023 08:32 PM
hebak dan beraninya bdk 17thn pompuan lak tu. byk dah dpt duit tu. org kalut ribut berperang dgn buk ...
_blackbird replied at 3-6-2023 06:55 PM
aku pernah ada org email tulis ada gambar half nude aku, ugut minta duit kalau tak bg duit dia nak s ...
Skuau replied at 3-6-2023 02:36 PM
maknanya...memang ada la...cuma x pernh bg kt orng jer.......ke
otai_g replied at 3-6-2023 10:47 AM
Mcm mn blh dpt pic bogel tersebut? Iols speku tuan badan yg sendiri rela bagi
midori888 replied at 3-6-2023 08:42 PM
meols rasa diorg buat video call, jd masa video call tu, mangsa maybe ada buka2 baju ke, tertuduh sa ...
Decaffeinated replied at 4-6-2023 04:28 PM
Dia perempuan yang menyamar jadi lelaki. Amat susah nak video call.
ADVERTISEMENT