Topeka, Kansas – Seorang gadis merancang modifikasi ekstrem termasuk bola matanya didakwatkan, kedua-dua telinga dipotong menyerupai orang bunian dan mempunyai gigi puntianak kekal sebagai nilai estetika untuk dirinya, lapor portal berita Daily Star semalam.
Jessy Kirkpatrick, 27, dari Kansas melakukan ‘ubah suai’ pada bahagian badannya selama lebih sedekad. “Saya mahu menunjukkan kepada orang ramai bahawa anda tidak perlu malu untuk menjadi diri sendiri. Anda harus belajar untuk menyayangi diri anda dengan sebaik mungkin. Saya mahu mempamerkan semua perkara baharu yang saya dapat kerana ia adalah perjalanan peribadi.” “Saya mahu melengkapkan set tatu badan, belah lidah, kulit sehingga ke dahi saya, tatu bola mata, cuping telinga yang lebih besar, tatu lidah dan tindikan pada hidung lebih besar.
“Saya juga mahu memotong telinga saya mengikut bentuk telinga makhluk halus dan mempunyai gigi puntianak kekal. Senarainya tidak berkesudahan,” katanya. Sumber: Kosmo! Online |
hokeypokey replied at 3-6-2023 01:27 PM
hodoh dan bodoh,
takde gambar sebelum ke???
plywood replied at 3-6-2023 01:38 PM
How Jessy used to look before the transformation (Image: Jessy Kirkpatrick)
dudaberhias replied at 4-6-2023 06:34 PM
macam gampunk je rhoperr... harap2 bukan acik @Bipolajourney yang tengah delusional nak jadi bunian ...
Bipolajourney replied at 4-6-2023 06:39 PM
dah ambik piala ke belum ?
Penaip terpantas (kategori ulu banat)
penyampainya dengar kata @stinge ...
midori888 replied at 4-6-2023 12:09 PM
dlm hati dia sikit sebyk mesti ada rasa menyesal, tapi nak buat camner, dah tak bole back to asal... ...
dudaberhias replied at 4-6-2023 06:42 PM
dah kalah ke tu sampai nak suruh orang ambik piala...
ala takkan lah orang yang gigih ganggu dan k ...
ADVERTISEMENT