CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

17 Kenderaan Perdagangan Kena Saman Pandu Laju Lorong Kanan

3-6-2023 11:46 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 192| Komen: 1

Seberang Perai: Sebanyak 17 notis saman dikeluarkan kepada pemandu kenderaan perdagangan yang dikesan memandu laju di lorong kanan secara berterusan dalam satu operasi khas oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang.


Menurut JPJ negeri, operasi itu berlangsung selama lebih tiga bermula 8.30 malam, Khamis lalu dengan tumpuan diberikan terhadap kenderaan perdagangan khususnya lori yang dipandu di kawasan Lebuh Raya Utara-Selatan.

Anggota JPJ melakukan pemeriksaan sebuah lori sewaktu operasi khas di Pulau Pinang, kelmarin.

“Penguatkuasaan dilakukan di bawah Kaedah 4(A) Peraturan Lalu-lintas 1959 dan dikuatkuasakan bertujuan mendidik serta mendisiplinkan pemandu kenderaan perdagangan supaya patuh kepada peraturan dan undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

“Ini juga bertujuan mengelakkan berlakunya kemalangan membabitkan kenderaan perdagangan yang memandu laju di lebuh raya serta menukar lorong secara tergesa-gesa tanpa menghiraukan pengguna jalan raya lain yang sedang memandu di lorong kanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.


Jelas kenyataan itu lagi, penguatkuasaan secara berterusan dan berfokus akan terus dilakukan bagi memastikan pemandu kenderaan perdagangan mematuhi peraturan serta undang-undang yang dikuatkuasakan.

Selain itu katanya, ini bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin selamat semasa pemanduan terutamanya di kawasan lebuh raya.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 3-6-2023 03:23 PM
Lori & trar drive lane kanan kita boleh report ke? Nyampah betul jenis buat jem right lane ni

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.049036 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top