CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenderaan Curi Bernilai RM19.8 Juta Dirampas, 1,225 Individu Ditahan

3-6-2023 11:40 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 187| Komen: 0

Description: Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan seramai 1,225 individu terlibat kegiatan curi kenderaan dan merampas 847 kenderaan pelbagai jenis bernilai RM19.8 juta.Jabatan Siasatan J ...
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan seramai 1,225 individu terlibat kegiatan curi kenderaan dan merampas 847 kenderaan pelbagai jenis bernilai RM19.8 juta.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM dalam kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, operasi tersebut dijalankan Bahagian D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) Bukit Aman menerusi Op Lejang Khas yang menumpukan kes dalam tempoh Januari hingga April lalu.


Antara kenderaan yang dirampas JSJ menerusi Op Lejang Khas di seluruh negara.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan statistik, sebanyak 6,709 kertas siasatan telah dibuka bagi kes kecurian kereta yang dilaporkan.

“Sebanyak 1,049 serbuan melibatkan tangkapan seramai 1,225 orang dan rampasan wang tunai sebanyak RM502,865.

“Dianggarkan nilai rampasan kenderaan adalah sebanyak RM19.8 juta bagi 847 buah kenderaan,” kata hantaran itu hari ini.


Jelas kenyataan itu, secara keseluruhan operasi dijalankan berjaya menyelesaikan sebanyak 1,658 kes dan daripada jumlah itu 639 kes atau 9.5 peratus kertas siasatan berjaya dituduh di mahkamah.

“Pihak polis menyeru masyarakat untuk mengambil langkah pencegahan dengan menambah ciri keselamatan pada sistem kenderaan.

“Berdasarkan kajian yang dijalankan, sindiket ini tidak mencuri kenderaan yang dilengkapi sistem tambahan,” ujarnya. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.036539 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top